Selasa, 13 Disember 2011

tintahati

Cuba untuk mengelak facebook. tapi kenapa xboleh ek?

Isnin, 5 Disember 2011

New! Hebadd

Ya Allah. Alhamdulillah.syukran2 tadi ana br jumpa benda y hot. haha
http://www.madinaharabic.com/printable_ebook.html
Then , ana download yang 1 set terus.sgt mudah nk blaja arab. di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Lagi satu, cuba try hfl ke nyanyi2 ke lagu2 kumpulan dhuha supaya dpt tmbh vocab n whatsoever.Hehe.

Ahad, 4 Disember 2011

Jadikan sisa-sisa cuti ini TERBAIK

Assalamualaikum
Alhamdulillah..tahniah kerana terdetik & diberi hidayah utk baca post yang ni. hehe
Masa semakin membaham saat2 yang dianggap honeymoon bagi segelintir pelajar. Apa yang kita boleh buat supaya cuti sekolah ni, at least kita dpt something yang memang sukar nak buat bila dah start sekolah ek?
So, ini modus operandi Holiday In Islamic Way yang ke 3.

Cuba tanya diri sendiri : Nak tak jadikan otak kita lebih power?
Mustahil lah kalau ada yang kata xnk kecuali memang otak dah power sgt! haha. Sukati ang lah.
Petikan drpd salah satu web yang aku terserempak tadi..


Learn A New Language — Learning adds more structure to the brain and improves the brain’s speech centers. Hablas espanol? It may be time for you to take a class or program to supplement your job-skills and brain power!


Lagi sekali, refleksi diri.. Kita baca Quran, fhm x maksudnya? *faham2* memanglah faham, sbb guna Quran yang ada terjemahan sekali.By the way, Al quran dalam bahasa apa? ...............ARAB!
Kat sini , nampak x peluang . 2 dalam 1. 




 BELAJAR BAHASA ARAB :) 





Bahasa syurga.. Cuba try belajar Bahasa Arab kat web ni..Free je.serius best



Ni pulak kalau nak guna youtube



At least cuba try, terutama bagi pelajar yang x amik aliran arab mcm AKU. Tahu sikit2 pon Ok lah.


Ha. lagi satu ,dalam handout drpd web 2, ada tercatat...

A note of caution: The wrong thing to do when studying Arabic formally is to purchase a few books and start learning on your own. Many books claim that you can use them for self-learning, but let’s get real.What you need is a medium or long term course with plenty of hours of instruction and lots of practiceon your own time. Pick the course and/or book that’s most convenient for you, but don’t try to do it all on your own.


Aha. jangan cuak sgt pasal course 2.Bukan ke kita da belajar asas2 arab kat SEKOLAH AGAMA dulu? Yang ni dy tujukan kat yang memang beginner.tapi apa salahnya try kan.

Alhamdulillah habis satu modus operandi, InsyaAllah akan ada strategi lain dalam segmen Modus Operandi HOINISWAY! Semuanya adalah tajaan drpd Allah. InsyaAllah. Maaf jika terdapat sebarang khilaf.Maaf Maaf Maaf.


We love islam, hidup dan matiku hanya kerana Allah.
GAYA ISLAM GAYA SAYA (G.I.G.S)

Jgn lupa buat homework, daa. assalamualaikum!

Sabtu, 3 Disember 2011

Homework

As salam
Haha! Homework.satu pun aku x siap lg.
tapi at least aku da bercuti awal ngan family. Minggu lpas pegi langkawi n johor.utara n selatan.nantilah buat post psl aktiviti2 semua.InsyaAllah.

Isnin, 28 November 2011

HOINISWAY II

As salam.Hari ni modus operandi Holiday In Islamic Way simple je.


Perasan x, lagu barat apa je yang kita x hafal? oh okay maybe ade yang tak tegar sangat.Selalunya apa yang menyebabkan kita TERhafal lagu2 ntahpape tu.Ok, slh satu faktornya maybe sbb kita selalu dengar lagu2 tu, xkisahlah samada dr radio ke mp3 ke.So, satu je, apa kata kita try switch radio yang kita rasa banyak duniawi sangat kepada yang lebih seimbang dunia akhirat.Contohnya IKIM :)


Dengar radio IKIM

okay, seriously, aku bkn nk buat iklan ke ape, tp xsalah kan kalau aku syorkan? hehe.bukan apa, kalau nak kata JOM kita terus buat baik blablabla, aku rasa xsmpy 40% pon yang berjaya buat. Sebab apa? sebab jiwa kita dah diisi dgn benda yang x sepatutnya.See? sekarang pun apa kita buat? facebook. youtube.dengar lagu,blogging. Rasionalnya kat sini, apabila telinga dah disumbatkan dgn pkara baik, InsyaAllah hati kita pun akan jadi bersih dan suci . Percayalah. Try sehari.lama2 jadi setiap hari.Islam itu indah .InsyaAllah kita akan terdorong utk lakukan perkara yang baik sepanjang hari tu apabila kita dok dengar ayat suci Al Quran, nasihat2, kata2 yang sopan dan baik.InsyaAllah.Nak berubah, kita kena berkorban sedikit.kurang-kurangkanlah dengar lagu yang mungkin melalaikan. 


So , this is the frequency





Suka dengar MP3 jek? oh no problem.Masukkan lagu-lagu nasyid yang penuh hikmah, ayat-ayat suci quran. InsyaAllah kita akan lebih sng utk menghafal apabila dah selalu dengar.Macam lagu jugak, selalu dengar sampai terhafal-hafal.


Alhamdulillah habis satu modus operandi, InsyaAllah akan ada strategi lain dalam segmen Modus Operandi HOINISWAY! Semuanya adalah tajaan drpd Allah. InsyaAllah. Maaf jika terdapat sebarang khilaf.ampunkan gue.


We love islam, hidup dan matiku hanya kerana Allah.
GAYA ISLAM GAYA SAYA (G.I.G.S)

Selamat bercuti and salam maal hijrah 

Btw, kalau belum baca yang 1st punya klik link di bwh
syukran
assalamualaikum

Holiday

Ok.testing.as salam, aku actually ptg td br balik dr Langkawi.Then, sok pergi Johor pulak.ayh ada hal sket.So aku tggal kat rumah nenek.sgt menarik! hehe.

Selasa, 22 November 2011

To my beloved Zarith~

Assalamualaikum!
Tadi kan, aku nak cari satu pencil case nih.dalam bakul barang2 TGB. tetibe ku terjumpa nieh~
Bila masa entah budak ni letak? sempat pulak an . Busy sangat kemas brg sampai aku xperasan benda nih. Thank you , Zarith! 
She is my roomate and also classmate .<3 her so much!



Seterusnya,aku membuka balutan itu dengan rakusnya~ dan mendapati sebiji cawan yang sangat comel bersama sudu. haha.



dan juga bersama sepucuk surat..
Aku tertarik dengan ayat last nih.hehe . 

Btw,Zarith, aku pun minta maaf atas segala kesalahan aku kat kau, halalkan semua benda.Maafkan aku kalau aku xdpt jadi kwn yang baik utk kau, tapi aku akan berusaha mnjd yang terbaik utk kau.hehehe (ayt~).Happy holiday jugak~



Thanks a lot.Syukran.Thanks Allah





Ahad, 20 November 2011

Modus operandi HOINISWAY

 

Assalamualaikum!

Hehe.Senyum sikit.Ha.kan manis tu. InsyaAllah .today I just wanna share one Modus Operandi HOINISWAY
Actually HOINISWAY tu singkatan bagi HOLIDAY IN ISLAMIC WAY.

InsyaAllah satu Modus operandi je hari ni..Modus operandi tu tahu ke tidak apa benda? It's more like strategy.So this is our 1st strategy in order to make our holiday more colourful, stylish semua ah.Nak tahu x apa? Baca sampai habis~



Pagi petang siang malam, mesti ada je rasa nak bukak facebook kan.Setiap hari mesti tak sah kalau x bukak facebook, tapi ada x perasaan x sah kalau tak solat sunat dhuha?

SOLAT SUNAT DHUHA






ITULAH salah satu strategi .Kita start sekarang, pas 2 konsisten je.InsyaAllah kita akan rasa lebih kuat! hehe.macam jual produk pulak.Tapi kita x rugi apa2 buat benda nih! Seyes.X RUGI MASA.percaya eden.2 rakaat je.


Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ;

"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani





Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Waktunya sesudah matahari terbit sehingga matahari di tangah-tengah langit (kira jam 12tgh).*SENANG CERITA BUAT PUKUL 10 jelah. Dilakukan antara dua rakaat hingga lapan rakaat. Ada sebahagian kitab menyatakan sehingga 12 rakaat. Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.
Okay lah sekarang nak dekat pukul 9 Pagi.sekarang pun dah boleh.Jom lah!Jom kita isi masa dengan perkara yang mendekati kita kpd syurga.InsyaAllah.

Tanamkan dalah hati, azam yang kuat , lafazkan dari sanubari, bahawa



MULAI HARI INI, SAYA AKAN MELAKUKAN SOLAT SUNAT DHUHA SECARA KONSISTEN! XNAK TINGGAL SATU HARI PUN! ~

kecuali jika terdapat sebarang keuzuran.=.="



Okay, habis satu modus operandi, InsyaAllah akan ada strategi lain dalam segmen Modus Operandi HOINISWAY! Tajaan Blogger.com , duit elektrik yang makbapak aku bayar, laptop yang byk bjasa. Apa2 pun semuanya adalah tajaan drpd Allah. InsyaAllah. Maaf jika terdapat sebarang khilaf.ampunkan gue.




We love islam, hdup dan matiku hanya kerana Allah.
  GAYA ISLAM GAYA SAYA (G.I.G.S)


Rujukan: 

cara solat sunat 

Kemusykilan berkaitan solat sunat dhuha

Sabtu, 19 November 2011

Assalamualaikum! What's hot? Best gileww cuti sekolah an. Untunglah.
Aku dpt banyak ole-ole.2 folio, siapkn buku kimia, buku Sejarah form 5 bab 1-3. apa ntah lagi.Dgn projek sains lg nk kne wat.Tapi yang besnya Hafal Quran Juz Amma and 4 surh pilihn..^_^

Jumaat, 18 November 2011

Anjakan paradigma

Holiday.
I promise to myself. Every minute , every second that had passed will be the greatest history. Setiap saat kalimah Allah sentiasa di hati. Why not? InsyaAllah boleh..

Semua org boleh berubah. Aku pun. InsyaAllah.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Bahaya Contact Lens

A 21 year old guy had worn a pair of contact lenses during a barbecue party.(An event or meal at which food is cooked outdoors over an open grill or fire)
While barbecuing he stared at the fire charcoals continuously for 2-3 minutes.
After a few minutes, he started to scream for help and moved rapidly, jumping up and down.
No one in the party knew why he was doing this?

Then he admitted into the Hospital, the doctor said he'll be blind permanently because of the contact lenses that he had worn.
Contact lenses are made by plastics, and the heat from the charcoal melted
his contact lenses.

DO NOT WEAR CONTACT LENSES WHERE OVERHEATING AND FLAMES ARE CONCERNED.... OR
WHILE COOKING...!

Friends if u feel the information is important, Please pass this message to
All your near & dear ones.


Aku dah ckp dah bahaya...korang xnk dgr..
(bila masa aku ckp)
Assalamualaikum
HAHA.lama betul x update.tapi kali ni rasa nak sangat tulis benda nih (bajet penting sangat ler 2)
Hidup kat TGB ni tak lah susah. kalau susah pun kena gak harunginya.ye x?
Apa yang membuatkan susah ni, apabila kita pegang tanggungjawab dan melibatkan kita kena tegur orang,
yelah.aku rasa mulai hari ni kan, aku nak jadi skema.haha .boleh pulak an.ye r.bukan apa taw, aku sedih gak lah result aku jatuh walaupun x lah teruk mana.drpd A+ kepada B.HAHA.(banyak lah xteruk) .entahlah tapi serius,gua memang dah expect benda nih jadi.tapi come on lah.lepak sudah.exam kecik je pon.ciput .tp sumpah sedih la.BIO.sebelum exam je aku mcm dah agak dah apa jd.Jwb pon x fokus.dok fikir sana fikir sini.Soalan minta explain jawapan bagi 2 patah je.huh.Tapi takpe. I'm not failed 10 000 times but I just found 10 000 strategy that didn't work. Lepak habislah.tapi tapi tapi.perjuangan belum selesai lagi.jauh lagi perjalanan.Akan kubuktikan.Aku menuntut ilmu bukan hanya belajar utk peperiksaan.
So result aku
kalau aku selaraskan 75% ke bwh adlh B
dapat..
3A, 2 A- , 4B. no A+ utk upss 2.
but aku kena pegang prinsip ni,, IF I HAVE DONE IT BEFORE, I CAN DO IT AGAIN, InsyaAllah.


Jumaat, 26 Ogos 2011

To all TGBians and JALAN TIGA (ians?)

Assalamualaikum sahabat-sahabat tgb dan J3



Apa jauh2 ni.. Assabiyah pe



    Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma ini.....Saya mahu ucapkan(actually TAIPKAN)  :




    Maaflah, hanya ucapan maya sahaja dapat saya titipkan.
    SEBAB APA?

    NAK SAVE



    SO , APA MAKNANYA? sila beri saya duit raya.
    Ahha!By the way..


    Yang ni Beta reject aw..No..no..no


    GEDIK sungguh minah ni

    Hanya satu pinta.....

     Maafkan segala kesilapan saya, andai saya ada terkasar bahasa, halalkan makan & minum.. dan terakhir, saya memohon jasa baik anda untuk

    MENDOAKAN saya agar berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat serta mendapat straight A plus untuk exam2 mendatang.Amin.


     (SORRY,TERLEBIH2 PINTA PULAK)

    Terima kasih sahabat. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian.

    Jumaat, 12 Ogos 2011

    Selamat hari raya

    Assalamualaikum, okay aku skarang kat PSI TGB.Esok,ada pertandingan menulis esei sempena bulan kemerdekaan... Aku tengah tensen skunk ni, buntu kodd hw byk x siap.Dah 2 mmg x phm (sket je phm). pasal addmath -progression.. math - planes and dimension bla3. sakit otak time nk wt latihan. okayr, ckup smpy di sini.Btw, alhamdulillah aku dpt jd setiausaha BADAR(badan agama dakwah dan rohani) wpon sbnrnya aku xlayak. kan3?? k daa.as salam

    Ahad, 31 Julai 2011

    selamat berpuasa

    thx tv3 coz amik lgu asma allah ni (even cket je) dlm iklan siaran(?)
    Btw, selamat bpuasa. actually, penat btol coz br balik dr kongres pendakwah muda(KPM) zon selatan kat MRSM TGB. Mgu lepas un mggu aktiviti. BEST! byk nk cte tp malas. Ok daa. as salam

    Khamis, 9 Jun 2011

    2 weeks like 2 days only

    pergi mana jek cuti ni ek
    -lata iskandar
    -cameron highland
    -balik kampung @ perak
    -midvalley dgn aini
    -library
    -wat facial*hehe
    -kedai buku(?)
    -bancuh simen *paling best!mencabar*
    -fb?
    -tgok vid anwar hadi n matluthfi kat youtube
    ni jekodd.cuti kali ni mcm xbpe banyak aktiviti la.ok lah! tata~ kang hangit pulak kat dapur 2. By the way, video anwarhadi best!

    Jumaat, 15 April 2011

    Good Morning!

    Assalamualaikum.hey.Semalam an,Aini dtg uma aku..6 jam lepak-ing.Dia madah nak tengok video Maher Zain lgu freedom jek.haha.Actually,aku nk cari idea utk Oral n ULBS skarang nih..Bosannyerrrr.

    Khamis, 14 April 2011

    Please, don't leave me

    Kepada sayangku ______________ ..Kenapa kau x bagitahu awal2 kau nak pindah.Kau baru bagitahu tadi.sampai hati an. Sedih taw x. Aku rasa x semangat nak balik sana smula. Xde kau.nanti tengok katil kosong.ape ni..Papehal..Aku nak kau jaga diri baik2.goodluck.SEMOGA BAHAGIA KAT SKOLAH BARU...


    p/s..I LOVE U so much!!!!!!!!!!!

    Jumaat, 18 Mac 2011

    cerita yang dikarang tengah2 malam.

    Assalamualaikum.Hey.Esok, aku da pulang asrama dah. *huhu* .sedih T^T .Homework x siap.Folio Sej n keusahawanan x setel.huhu..Isnin ni,dah mula macam biasa, bangun awal pagi,siap2,kejutkan orang.ketuk2 pintu.Then,pergi solat subuh.program surau.6:40 balik bilik,buatlah apa2 yang patut.Siap2 nak gi sekolah,sarapan.Aku selalu skip sarapan kat Dewan Selera. tapi aku dah makan roti dalam bilik.Tapi kadang2 JE.Then, 7:10 ada roll call.Perhimpunan r. asmaul husna ,baca doa. Nak baca doa tu kena pusing *jap amik protractor jap.ha. 115 drjh mengikut arah jam kot. haha. Nak hadap kiblat en.Bukan aku sorg je buat,semua okay. hey dah la. sambung cerita. Pas 2,nyanyi negaraku n lagu warisan, berbunyi begini:

    *ANAK KECIL MAIN API,
    TERBAKAR HATINYA YANG SEPI,
    AIR MATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT 
    BLABLABLA 
    Hah dah la.then,ada la announcement dan apa2 lagilah. Pas 2 pergi sekolah. Kelas sampai pukul 2:10. then makan tengahari. Nyum2. ni pun aku selalu skip. ye r nak gi solat lagi, planning2 lagi.haha. Umi aku marah. Beliau suruh makan jugak. Ntah.aku kalau x lapar malas nak makan kat DS.Grab je kat locker 2 apa yang ada. *jangan ikut*.Then pukul 3 prep petang. Yeah aku pernah terlambat and kena denda bersama rakan seangkatan yang lain. (kitorg dengar ada announcement kata pukul 3:30).seronok sungguh kena denda.haha. prep habis 4:30. pergi surau, solat asar@ balik bilik..yeah,kat sini xd minum petang.Tapi ada minum pagi.OK lah 2.xnk bagi aku gemuk.Pas 2 ada riadah.Aku jarang pergi.haha. lepak dengan kengkawan kat bilik. Tengok r kadang2 buat keje berfaedah.kadang2 x.huhu. Pas 2 makan malam. Ni memang sah2 aku skip. Aku makan roti.HAHAHAHA.hish apa ni.x elok gelak kuat2.Then, pergi surau,solat maghrib-isya'. sepanjang 2 ada la solat sunat berjemaah ,mengaji berjemaah juga. Then kadang2 ada tazkirah sementara nak tunggu solat isya'. Pas 2,pukul 9,prep.Kadang2 aku prep kat Perpustakaan.Ada komputer+internet boleh blogging.haha.Tapi ada la turn perempuan and laki.Hah, kat sini aku nak cerita sikit r pasal Pusat Sumber Ilmu maktab aku.*aku pgil perpustakaan je* Banyak sungguh buku rujukan dia. Aku rasa macam syurga buku.sayang sangat kat buku2 tu.ada buku yang berusia(?) 15, ada yang tua sikit.best2. Ok la sambung balik.Prep malam habis pukul 11 malam. Then supper.Ui! sedap supper dia.umph.memang ni aku jarang tinggal.haha.dari tadi asyik skip, ni je yang jarang skip ah.Antara menu supper, Laksa, kentang goreng+ 4 hotdog,  Nugget bersalut tempura +hotdog.Aku suka pencicah dia.haha.Ada roti canai.dua pulak 2.Kuah pun sdp.Aiseh malam2 baru nak buat sedap2.Nasib baik aku selalu tidur lambat.sempat gak la hadam. Then, balik bilik, pukul 11:30 nanti ada suara2 merdu *BLOK E,LIGHT OFF, TAKLIM* pergilah taklim, baca ayat2 suci Alquran,halau hantu jembalang semua lah.*dgn izin allah. Then,tidur. Aku x lagi. Aku menunggu makanan2 tadi lalu lalang kat small intenstine,large semua lah.haha. Baru aku tidur. yeah. selalu pukul 1-2 la paling lambat.oit kalau lambat jawabnya mata aku x buka la dalam kelas.Ok sekian sahaja. dah pukul 12:40 am.esok adik aku ada kursus umrah.yeah boleh shopping tggalkan dia.lalala~ K la daa.assalamualaikum

    Rabu, 16 Mac 2011

    I got FIVE (pressure garment)

    ASSALAMUALAIKUM! hey.Aku baru balik dari hospital. tp pas 2 jalan2 kat Jalan Reko. 2 jadi lama. By the way, tadi doktor bagi 5 glove baru *jakun sungguh*. mula2 nak bagi 2 je an. tapi tetiba Kak Wan(nurse) keluarkan 3 lagi glove dari envelope yang bertulis nama"sh.rosheeda" .haha .So ,doktor bagi semua. Alhamdulillah. Ok 2 jela kodd. tata. assalamualaikum

    Selasa, 15 Mac 2011

    A split second delay means failure

    Assalamualaikum. Yeah. Petang ni jam 2:30 pm ada appointment dgn doktor. as usual. x sabar nak dpt glove baru. hehe. Folio Renyah aku x siap lagi. 3 hari aku buat boleh pulak x siap an. hem. memanglah, semalam pergi dating dgn Fadhilah n Aini. best wokk. tengs korg coz banyak tolong aku. sayang korang sgt2. hope dpt jumpa lagi kan. InsyaAllah. Pas 2 g shopping. mana kerja nak siap .Ish3. K la. daa. assalamualaikum.

    Isnin, 14 Mac 2011

    World is in pain: Hentikan kemungkaran!

    Assalamualaikum..Astaghfirullah al azim. lepas satu , satu bencana yang datang. Why? Dunia nak kiamat dah ke. Kita tak tahu. Mungkin kita duduk kat akhir zaman? Wallahualam~


    Pada 11 Mac 2011 (Jumaat), Negara Jepun dilanda gempa bumi setinggi 8.9 skala richter.  Gempa bumi ini berlaku akibat pelanggaran Plat Pasifik dengan Plat Amerika Utara(Ok, ini punca dia) di kawasan jurang lautan.  Gempa bumi ini merupakan gempa bumi yang kelima kuat di dunia sejak tahun 1900 dan dikatakan 8000 kali lebih kuat berbanding dengan gempa bumi yang terjadi di Christchurch, New Zealand baru-baru ini.Subhanallah.


    Tapi bencana yang berlaku ni sepatutnya banyak menyedarkan kita, menjadi peringatan buat kita.Namun, malangnya, masih banyak kemungkaran yang berlaku dalam kalangan kita, UMAT ISLAM. Di sini,saya nak sentuh pasal pergaulan bebas/coupling. Saya juga remaja, anda juga remaja. Cinta tu kan fitrah. Kita sepatutnya nak cakap lelaki perempuan pun kena ada dinding. I mean, langsir ke. macam ustaz aku ckp.Bukan senang2 je.Ini lagilah kalau siap berjumpa-jumpa. astaghfirullah al azim. Allah tu maha melihat. Malaikat sentiasa mencatat apa yang kita buat. Ok, korang kalau nak dekat exam, mesti kulun an nak study semua. tapi sedar x korang, kita ada exam, setiap detik setiap saat, setiap masa?(Perh an,EXAM SETIAP HARI)Ye, sekarang adalah ujian. apa yang tangan kita kerjakan, apa yang mata kita melihat, semua akan jadi saksi nanti. Semua ada markahnya.(Kalau x paham buat2 paham pun xpela)huhu.Result yang kita dapat adalah antara Syurga(Straight A's PLUS) yea yea yea atau Neraka(GAGAL! GAGAL! aku nak amik exam balik.)Ibarat macam 2 lah nanti, kita nak balik ke dunia semula ,kumpul amalan baaaaanyak-banyak.Tapi time 2 dah terlambatlah bro,sis.. kita sepatutnya bertindak sekarang !By the way, korang tahu kan 19 Mac ni diramalkan Bulan akan menghampiri bumi. Tahu x apa maknanya? Tahu x?*asal macam blur je. Ok lah kita baca keratan or whatsoever yang kat bwh nih.



    Pergerakan bulan yang digelar adi bulan, diramalkan berlaku pada 19 Mac ini apabila bulan berada paling rapat dengan Bumi sejak tahun 1992.
    Ketika itu, jarak bulan dan Bumi sekitar 354,507 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa. (That's mean 29896 km lebih dekat right?)

    Pada kedudukan tersebut, daya graviti bulan adalah sangat kuat dan dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi. Ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) Richard Nolle percaya pergerakan bulan itu mencetuskan bencana di Bumi.





    KENAPA AWAK DEKAT2 DENGAN SAYA?








    Ok, 2 jela setakat ni, Aku un nak buat folio Renyah ni.Ampunkan segala kesilapan aku, aku un manusia biasa. Ambil pengajaran terhadap AMARAN ALLAH.wallahualam. Assalamualaikum

    Sabtu, 12 Mac 2011

    bring schoolwork to the home.(Homework)

    ha toksah layan tajuk 2., aku un x paham.

    404< kelas aku.
    Ni hw aku.
    -Folio Sej
    -Folio BM
    -Folio Keusahawanan
    -Jurnal BI
    -Sej top goal? Bab 1 semua, 'HAHA'
    -BIO kertas hari 2 ku x siap agi. wakaka
    -math, oh kertas tu,
    -Kimia, graf naphthalene. Aku nak buat baru*terlampau rajen
    -fizik, salin data +buat graf
    -add math m/s 21-23 buat odd number jea wat kat test pad.
    +++ buat jadual btugas, perhh malas ni
    oh 2 je kodd. x de la banyak sangat. -.-


    AKU BUDAK GO-GO.. errk??
    sape boleh tolong aku buat homework..btw,rabu ni ada appointment ngan doktor t'sayang. Aku dgr anak dia dak mrsm Kuala Klawang. nanti nak tanya nama arh.Then,khamis ni nak 'dating' ngan geng XMO3 kat alamanda .


    Ok arh nak balut buku, fail sume arh. tata. assalamualaikum

    Selasa, 1 Mac 2011

    hey!

    as salam. aku kat PSI maktab . nak cek email je senanya. herm. banyak homework la. fb x ley bukak. so daaa. assalamualaikum.

    Sabtu, 19 Februari 2011

    Just the way you are..

    Hey! as Salam. lama x update blog kan. Actually, ni pun dapat balik sebab ada ptandingan ragbi, budak ragbi nak guna asrama.Herm. secara ringkas la an.. TGB memang best sebab:

    1. Sekolah ue islamik. Best2. Girl memang kena pakai baju muslimah, tshirt biasa NO WAY. Baju orientasi un tshirt muslimah taw. dyowg reka memang cam ue.

    pagi2 an dia dengarkan bacaan ayat suci AlQuran, then azan, pergi surau , solat berjemaah.Pas solat baca Al mathurat.,pagi ue kadang2 dia bukak la lagu2 nasyid kat asrama. Maher zain ada. Boley jalan r.. Maghrib pulak lepas solat, kena solat hajat .Walaupun sunat, tapi kat sini ibarat diwajibkan. Bagus2. Then, mengaji,solat isya',prep.Pukul 11.30 ada taklim.baca surah Al mulk, 3 qul, ayat kursi. semua kena berkumpul kat tingkat bawah blok 2.pas 2 tidur, tapi still ada announcement kakak abang ni buat.*bising betul

    2.hari 2 UNIC datang. best2 . tapi x amik gamba. T__T

    3. sepanjang orientasi n mgu aktiviti aku guna ncet. haha. cikgu kata locker ncet tak siap lagi.Boley jalan r...

    4. Kakak abang memang matang kreatif best gempak lawak. haha,susah nak huraikan.Diorang banyak buat gimik(?)

    5.minggu aktiviti best !! sebab pakai tshirt takyah pakai baju sekolah*leceh nak iron. Pas 2 TGB got talent ue.. err. haha. boleh ah.ceramah ABJZ(Anda bijak jauhi zina) pun best!

    p/s. Hari 2 aku balik naik bas. waaaaaaa. x best.ok la naksiap2 jap ag nk balik asrama da. hah! btw, doakan aku berjaya eh dlm olimpiad math nty.saringan 4 mac nanti.

    Sabtu, 5 Februari 2011

    No more tears~

    salam. Mood: Ok je. haha. tadi aku telefon kak syahirah,sepupu aku.Nak tanya pasal asrama yang bakal aku duduk ni la. Dia pun duduk situ. Kiranya aku mengikut jejak langkah dia larr. hasil interviewnya~

    Hey ini saya(HIS):Kak ya, nak tanya, dalam bilik tu, katil double-decker ke macam mana *ni pun nak tanya*

    Ya: Ya ya ya (Ok ini bukan) dia cakap : Erm, xdelah, katil single..

    HIS :Oh bagus. 4 orang satu bilik kan? locker besar mana *tak tahu nak bawa banyak mana muatan.

    Ya: Boleh la, besar gak, ada dua tingkat, bawah letak makanan..

    HIS: okay, abis 2 selimut semua bawa sendiri la kan.. bear ke....*testing testing*

    Ya: Ala, bear. boleh je, Ada yang bawa sebesar manusia.. eh sheeda bawa la, kite pun bawa. besar (oh besar punya! ), erm selimut , cadar bawak je sendiri tapi nanti ada dia bagi (tapi dah bayar la kan?..)

    HIS: Haha, malu la nak bawa bear malas lah. mcm ape je..(Control macho..)

    Ya : erm,haaa.. tudung ada x yang xde bunga??(corak2 segala~)

    HIS: ada, ada tiga, ada baru beli tadi .. *eceh eceh konon well -prepare r tuh*

    Ya: ha, bagus la kalau macam tu.. lagi, kasut x kisah boleh pakai wedges.....

    HIS:(menyampuk) HAH?? bia betul..


    Ya: janji ada tali la kat belakang.

    HIS: wow wow. Boleh pakai? *orang jakun* Boleh la bawak satu. *terdiam seketika*
    alaaa. tapi dah terputus la talinya. hahahahahahha*terbantut niat* tapi xpe la, ada yang baru beli tu, *tapi bukan wedges la*

    Ya: dekat sini x kisah kalau gaya2 tapi dari segi islam ketat la, kalau bergaya ni x ketat sangat..


    Ok lah, tu jela. takkan nak tulis semua kodd..huhu. Kiranya lepas je telefon dia, AKU BERSEMANGAT! bersemangat! Lagi dia kata handfon bawa la, nanti daftar kat warden, warden simpan kan.. dalam locker yang dikhaskan. *yekodd* . bila jumaat malam ke sabtu malam ntah dia kata. baru boleh ambil, ahad pulangkan.. WOWOW. bestnyaa!! Aku nak cerita lagi nih, semalam aku jumpa anis, kat tengah2 antara midvalley dgn the gardens.kat air pancut tu.  haha
    NI dalam the gardens



    kitorg tuka2 hadiah an. kat guardians. dia belikan aku dark coklat + coklat cium(?) hahahaha..Ok 2 je la. daaa.

    SEDIH

    esok last ..huhu. lusa weh, aku rasa macam . urghh.. malasnya! takde mood nak update segala benda. Jasin ue macam melambai2 kat aku sekarang nih. *sungguh kejam. Buang~ Buang segala kenikmatan duniawi, untuk berjuang, berperang dan memantapkan diri . InsyaAllah.

    Selasa, 1 Februari 2011

    Tomorrow

    esok last sekolah kat SMKJ3. haha. sungguh aku malas nak datang. haha. tapi tengoklah dulu. InsyaAllah bawak kamera snap2 gamba. 2 pun kalau x kena rampas. huhu. Ok la nak men carrom. daa

    Ahad, 30 Januari 2011

    Hujan

    aku nk cerite simple2 je eh. Jumaat malam aku n femili pergi Johor, ayah ade kerja.Aku nak cerita part balik je. Dari Johor, sampai ke Selangor, semua negeri HUJAN sepanjang perjalanan 2 lar. Then, kat Johor 2, memang banjir la, kat tepi lebuhraya ue, ada sungai2 melimpah dah. habis pokok kelapa sawit... Pas 2,dah balik singgah kat melaka, beli barang asrama. then, balik sampai rumah pukul 21:17 pm. huh.Aku x gi sekolah hari ni, penadd + lagipun ada kazen aku ikut balik sini sekali. haha. sesedap aku je an. Esok, nak buat medical check up. xray n apebenda ntah. sambil 2 kalau boleh nak selesaikan urusan kat sekolah, pulang buku, ambil sijil, bayar yuran. eh wait. kenapa kena bayar yuran ek? musykil. haha. xpela, nanti aku tanya cikgu.padahal nak pindah an. lainlah kalau kat sekolah baru nih x perlu bayar dah. Tapi dah terbayar dah RM 333. cantek punya nombor. k la, mau kemas2 barang .

    Khamis, 27 Januari 2011

    TATA SMKJ3 versi IV

    Assalamualaikum
    Tadi aku stay dengan Aini. Kami  makan roti kosong same2 minum ice blended brdua-duaan kat kantin perempuan. haha. Then,time nak pergi solat zuhur,kami lalu jap kat 3 Amanah ,kelas tahun lepas. Lalu nye sekejap tapi tercegat lama la kat situ. story2., imbas apa yang berlaku sepanjang 2010 . Best! time tu macam nak ujan pulak. lagi la sayu~ huhu. lebih kurang 20 minit lah.btw, kelas tu maken cantik budak2 ni hias. jeles aku,hehe. Then terus pergi surau. lepas tu, duduk balik kat pondok. ada 2 org junior laki. haha. tingkatan 1 kodd.makan., then x buang sampah.letak atas meja. aku un cakap dengan nada yang berbisik.. "dik, buang sampah tu". boleh pulak an dia dengar.then aku dengar, dia cakap kat kawan dia"ada orang marahlah" dia terus turn back amik sampah ,buang. bagus dak nih.  haha. Aku ingatkan aku still pengawas. alah bukan pengawas pun apa salahnya tegur, kan?
    Pas tu berbual jap ngan Aini.. macam2 dia cerita. kami makan2 minum2., *makan n minum je kejenye. sambil belek2 buku. haha. pas 2, mak aku dah sampai, balik lah, anta Aini jap kat depan(pondok menunggu?) .pas2, ada orang call mak aku. kami keluar jap, teman Aini kol mak dia. tetibe, ada kereta lalu, Ustaz Mahir rupanya.hehe. bagi sesiapa yang xtaw, beliau jiran aku, selang 3 , 4 rumah. haha.Okay, tu je catatan buat hari ini. hah! lagi satu. tadi cikgu add math kata. semua salah! (latihan lepas, satu kelas dia kata salah?) Beliau pun tulis jalan kerja yang real kat depan. aku salin 1 je. *rajin betul. then aku buli Aini . salinkan lagi 1. haha. padahal kat depan tu penuh dah dengan nombor2 yang memberi kesan mendalam kepada aku. guess what? aku rasa nak muntah pas 2. tengok nombor banyak sangat. +__= ??&*%%$



    K daaa, salam

    Lepaskan AKU pergi *reply blog NURAINI SHAHRONI



    salam~ hey memang trend sekarang ek reply blog ke blog. emm.Seriously, aku ni xreti nak buat ayat sedap2 ala2 gramatis gitu. huhu

    Aku ada seorang BF dan juga GF aku yang paling aku senangi..hah tengok 2 merepek. xretilah nak mulakan ayat. huhu. Ok lah. korang baca ayat ni dan hayati *bf-besfren,gf-gudfren.

    AINI, I love u forever

    "andai iffa nak Allah bercakap dengan Iffa bacalah Al-quran..kalau iffa nak bercakap dengan Allah dirikan solat.."



    petikan dari blog kekasih aku yang selalu menemani aku tak kiralah time rehat ke stay ke. Kalau nak tahu dia ni baik orangnya, cantik! seyes, xde kompromi punyalah. Muka diapun putih. macam klorox.haha xde lah. macam merpati,, ala, burung merpati putih tuuu. hik2.Dia ni seorang yang boleh dikatakan alim. xbanyak cakap tapi kalau start orang tanya dia something, memang banyak idea lah. memang sesuai masuk debat, syarahan agama. semoga nanti kau dapat la bertanding peringkat antarabangsa ke. InsyaAllah boley menang. SAYA SUKA AWAK. antara sebabnya~


    1. Hati yang bersih- Aini selalu fikir positif, dan selalu fikir yang baik2 je pasal orang. that's why I like you.


    2. Pengasih- Aini ni mudah kasihan dekat orang . Pas tu dunia dia penuh dengan kasih sayang. maksudnya, dia ni memang penyayang jugak.


    3, Bertanggungjawab-Aku anggap dia dh macm kakak aku dah. Bila ada apa2 hal mesti dia pegang amanah tu dengan baik. senang kata Aini ni.. *macam2 ada.


    4.Dia perkenalkan aku dengan SOLUSI. <3 hik3


    5.Dia x kedekut ilmu. contohnya, bila aku xpaham apa2 ..tu dia, panjang lebar dia terangkan. sudah terang lagi jelas menjelaskan. hoho


    6.Hardworking- ni da knape rojak2 lak. dia memang determined orangnya. persistent. mcm Mr.Utterson (dr.jekyll n mr hyde). Bila study tu memang rajin la. Aish susa nak ulaskan cmne.


    7. Tabah- Dia ni bercita2 tinggi. tapi kalau x dpt tu, dia x mudah putus asa. tabah macam ibunya, hehe


    8. Dia sayang semua cikgu~terutama mama dia yang kat sekolah ni( Teacher Halimatos Saadiah) Punyalah rapat.


    9. Dia tahu banyak pasal aku. haha. kadang2 aku yang lupa. then, aku pun pelik lalu bertanya,"eh macam mana kau tahu? bila masa lak aku cerita?"


    10. Dia taat kepada suruhan Allah. Banyak mengajar aku erti kehidupan~banyak mengingatkan aku kepada Allah.


    11.DIA HEBADD!


    12. Dia penyokong aku tatkala aku susa dan senang


    13. tadi kat blog dia cakap aku layan dia macam KING. oh no. silap besar. aku rasa dia yang layan aku cam king. tolong aku macam2. aku ni yang kadang2 buli dia. *kadang2 je eh. haha


    14. Ambil berat pasal aku.


    15.menerima pandangan org,kalau aku cakap ue, dia terima je.. X banyak bantah kecuali kalau kita yang salah, dia bantah untuk perbetulkan apa yang salah. betapa mulianya dia. hihi.


    16. Suka nasihatkan aku yang mudah lalai nih


    17. bijak n profesional kendalikan pape masalah.


    18. Memang layak jadi pakar motivasi an. dirinya penuh motivasi.


    19.Dia x suka mengaibkan + memalukan orang lain. Senang cite dia ni pandai coverkan (?) orang.


    20. senang je nak runtuhkan ego dia meskipun dia ni langsung x ego. haha. senang nak pujuk dia *InsyaAllah..






    Aini, aku pasti akan merinduimu....Semoga kau berjaya dengan cemerlang straight A+ SPM dan berjaya di akhirat. Maaf atas kesalahan aku selama ni..

    Rabu, 26 Januari 2011

    TATA SMKJ3 versi III



    xbes betul tajuk tuh. haha
    heyhey. Salam~ hari ini bukan macam semalam, hari ni best punya. Aku kena denda. haha.Kena terjun bangunan.
    Ah xdenye la~ kalau ya siapa pulak yang tulis post nih? roh shifa?
    okayokay macam nih ceritanya. Aku tengah syok-syok cakap pasal apa ntah kat Aini dengan menggunakan bahasa ibunda yang baku lagi gramatis tetiba, tu diaaa. Teacher tercegat depan kami . sudahh. Kami kena tangkap kering. Tapi yang umph n syoknya, Aku yang kena denda? yalah sebab aku yang cakap, ape laa. Then, kena bayar seringgit kat Ah long 4 cekal aka ceti halal. Kena denda tuuu sebab waktu tu subjek bahasa inggeris, kne speaking english je. xboleh BM. haha. Orang bajet jarang kena denda* berlagak baik konon. haha
    Okay, tu baru satu. haaa. hari ni hari bersejarah bagi aku yang akan meninggalkan sekolah tu sebab time pegi hantar buku kawalan kelas*thx Aini cz tolong aku* kat Bilik disiplin , terserempak dengan Tuan Haji Rosli. Tetiba beliau tanya, kenapa dengan tangan tu. haha. well macam biasa lah, skrip yang sama aku jawab bila korang tanya. haha. Perh first time aku cakp ngan beliau.nak dekat pindah ni dapat jugak merasa cakap dengan orang terhormat. hah skema punya ayat tapi banyak salah an. haha. lantaklah.(aku tahu mesti korang kata aku jakun?) kan? haha. terima kasih memang itu yang aku harapkan.
    TU DIAAA. weh tuu Aku yang tulis penad2 then laki tu kata dia nak interframe jap. *toksah caya


     Apa lagi ek? erm.. first time tulis kat papan putih bg tahun 2011 @ kelas bagi subjct Math, jatuh tangga kat rumah. ermm tu je kodd yang berlaku hari ni. So far, xde pape dah kodd.haha.today will be a history.so selamat tinggal TODAY. 26/1/11. btw, 1 feb nanti ada appointment dengan doktor sarung tangan. weee~ daa. salam

    Selasa, 25 Januari 2011

    Rindu

    Weh Iffin. dulu, kita kawan rapat hampir setahun.Pergi makan sama2, prep sama2. sampai semua nak panggil kita belangkas. tapi sekarang lama x contact kan? erm.. aku wat post ni bukan apa, tadi aku tertengok gambar kw, kat fb Fatin Nabilah, ad gambar yanie lagi. dak dorm dulu. rindu semua. Tapi, aku rindu lagi kat kau.T^T
    Sorry la Iffin Azuazi, kalau aku ada buat salah , maafkan aku, halalkan semua benda..Aku rindu kau sangat!

    P/s. aku berani wat pengakuan sebab aku tahu kau mesti x perasan punya aku ada tulis nih. haha. ok la, semoga berjaya kat SMK Bandar Tenggara 2, prep baik2. haha. sian kw. aku ley tgok TV. tapi x lama lagi aku pun terpaksa cam tu balik. huhu

    TATA SMKJ3 versi II

    salam~ erm.. ari ni, macam xde pe sangat berlaku pun. eh jap. ada orang telefon..*sempat lagi.
    6 minit kemudian....
    Hani rupanya telefon, dak yang nak pindah SBP Seri Puteri tuu. (betul ke eja ni?)
    tanya pasal Add math. so sorry lah Hani, kite memang x buat lagi practice 10 n exercise 2.2. x sentuh pun lagi, sebab x faham. +__+

    cakap pasal add math, asal solution dia berbelit sangat ha? Sivik lagi senang. then, Hani tadi ada cakap. kena pulang buku spbt awal coz nak amik sijil sekolah(?) lebih kurang cm tu lah. Ala, aku nak belajar la! nak belajar! takde buku camne nak blaja? share ngan orang ? x best la cam tu. AKU NAK BELAJAR! *haha semangat sungguh.

    Ok la aku nak cek fb jap. daa

    Isnin, 24 Januari 2011

    Bodek? c|= + Cerita daku 24 /1/11

    Hoi *ikut intro cam anis.
    assalamualaikum. eh hari ni bufday Afiqah kwn aku darjah 6 dulu. weh. Anis, tadi aku TERbaca post kw.ishh,asyik puji aku jek? haha. aku nk balas balik la nih (ada ke balas blog by blog?) Anis, aku pun rindu kw gak. sudah semestinya.
    HA, Ni lah Anis. budak yang popular ue +CUN



    Senyuman yang menawan.. erm..Cian kw, ramai kwn pindah yek. haha. tape, kw ada aku.hihi. InsyaAllah nanti calling2 tapi kalau public fon waras2 jela.=.="
    Aku nak try jadi pelajar berdisiplin + skema semula.*pdhl terlebih skema.erm.. sapa nak join aku?turun tangan.
    Eh eh. tadi aku cakap kat Aini, hari2 terakhir ni, aku nak buat catatan lebih kurg cm diari.. kat blog. haha. oke oke.erm.

    Tadi time perhimpunan, masa nyanyi negaraku, boleh pulak aku cm sedih an. *feeling kodd?cuba hayati betul2. negaraku, tanah tumpahnya darahku~ korg x sedih ke? lirik dy menusuk kalbu. feel abis. huhu. Lepas 2, time ikrar sekolah lak. perh. lagi la. T^T. huaa. rasa nak nangis pun ade. haha. aku dok terfikir, countdown2 ,lagi berapa hari aku nak tinggalkan sekolah tu. Aku masuk pun bulan 7 tingkatan 2. Rasa macam sekejap sangat. BARU HARI NI AKU TAHU AKU SEBENARNYA SAYANG SANGAT KAT SMK Jalan 3! fuhh. mesti rindu kat dewan kan? sebab persepsi pertama aku masuk dewan tu, nak beratur kat mana ?   bukanlah, aku rasa cam, besar gak dewan nih. haha. itu jewk. Tadi aku stay sampai ptg, aizzah dengan hamiza un ada. Tapi dapat berbual sekejap je sebab mak aku dah sampai dalam beberapa minit lepas 2..
    Aku ckp
                                                    "eh Hamiza, lama x nmpk." *padahal kelas sebelah je an.
    "aah kan, lama x nmpk"
    "xdtg sekolah ke?"
    "eh mana ada, kita datang la" 
    haha, lebih kurg cm ue la.mcm skrip dalam buku sivik masa kecik2 dulu jek .tajuk dia *JANGAN PONTENG SEKOLAH*. ala, yang cikgu suruh sorang bangun, tolong baca tuu. x ingat ke? ahakz mmg xde pun. -.-


    Emm. 2 jela kowt. penat la online. hah, berita baik, laman mara yg nk cek status da ok da
    http://www3.mara.gov.my/keputusan_mrsmf4/


    Ok 2 jela pemberitahuan. daaa. salam.

    Ahad, 23 Januari 2011

    Satu petanda?

    Ya Allah.. adakah Kau ingin mengujiku? 
    Tolonglah aku ya Allah.
    Bimbinglah aku ke jalan yang benar.

    aduan aku berkesan!

    salam,
    hiks. td aku pegi laman web mara
    tertera  bende nih

    Maklumat Penting :

    Semakan keputusan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tidak dapat diakses buat masa ini atas sebab-sebab tertentu. Sila semak semula mulai petang Hari Isnin 24hb Januari 2011. Kami mohon maaf di atas kesulitan ini.

    Tarikh Paparan : 23 Januari 2010


     Fuyyo. maknanya aduan  rakyat aku berkesan ek? *perasan


    Luahan hati

    Ha sekali kau. haha. rileks2. fuhh2. bukan apa. entahla? Eh aku pelik la. hari 2 cek kat internet, tahniah bla2. tapi asal xdpt pun surat ape2?mc x ley dpercayai je. haha. Nak cek balik semula kat laman web 2 madah hanging jek. eh tapi kan. akhir2 nih aku asyik mengelamun jek. dush. asyik terkenang2 zaman kat asrama dlu. masa form 1. nangis je keje.Tapi senyap2 la. ahakz !malunye.tapi aku takut Sejarah Berulang lagi. Oh x mungkin. tapi mungkin jugak kan sbb kita semua ada perasaan. Mesti aku rindu kat adik2 aku nanti. sob2. T^T . Dlu xpela, aku boleh balik rumah setiap minggu *atas alasan pergi taekwondo. tapi betul lah. Ni nanti? Anis kata mungkin boleh lebih dr sebulan atau kurang dok kat sana then boleh balik. alah. ape nak risau sgt. small of the pieces. Menyampah puleks dah. Ape nih. melalut. Rindu kau Anis. Aini pun. haha.


    p/s : jangan layan budak nihh.

    Sabtu, 22 Januari 2011

    Aduan Rakyat

    dari semalam, sampai hari ni. Aku nk cek kan Aini punya result mrsm, tapi~




    The connection has timed out

    The server at cms.mrsm.edu.my is taking too long to respond.

        *   The site could be temporarily unavailable or too busy. Try again in a few
              moments.

        *   If you are unable to load any pages, check your computer's network
              connection.

        *   If your computer or network is protected by a firewall or proxy, make sure
              that Firefox is permitted to access the Web.


    sakit hati x? TAK? mmg hang xd prasaan. Aku siap cek pukul 5 pagi bagi mengelakkan kesesakan tapi sama jek, maknanya mmg problem. Tapi xpe selagi hayat dikandung badan, eden harus bersabar.

    Jumaat, 21 Januari 2011

    Aku masih ingt lagi, ketika tu, ayh outstation. so umi lah yang terpaksa hantar aku ke Melaka, utk mduduki ujian. Kiranya umi teman skali lah, + kynah,hakim,widad.


    Hari ni, Jumaat. kat sekolah tadi, alhamdulillah bjalan sperti biasa.. Kerja2 pun dapat dilaksanakan dengan baik tanpa halangan. huhu. Aku balik naik bas.sampai kat surau, then jalan kaki sampai ke rumah. hm. letih. Da sampai rumah, aku lek2 dulu, baru pukul 1 bpe ntah.Umi pun busy sgt sbb dia ada presentation esok. semoga berjaya :). Tiktok masa berjalan lambat. haha. tetiba je. aku baru teringat. hari ni keputusn mrsm keluar. Tapi aku mcm xd prasaan jek. sbb aku mcm dah agak xdapat punya coz time ukkm(ujian nk msuk mrsm beh kurg r) 2 memang bad lah. xnk ingt lagi.

    Aku terus naik ke atas. Umi tengah buat kerja. aku dok tercegat kat sebelah umi. sebenarnya nk pinjam lappy jap , nak semak kputusan. Umi pun tanya

    "hah, kenapa"
    anakanda menjawab, "umi, akak nak cek jap result mrsm ue. "

    Umi kata cek lah, then aku cek, aku masukkn no. IC aku. 951*********

    to be continued...tanya aku lw nk tw. huhu


    p/s: sori cerita mcm hampeh. haha

    Ahad, 16 Januari 2011

    speechless

    speces speces. urghh. mcm ne ley public sgt? huh.tenkiu classmate aku coz gtw. sorry td aku wat cm xd prasaan jek. haha.

    Rabu, 12 Januari 2011

    Xde masalah !

    WAAAAAAA . banyaknye hw yang tergendala. huhuhuhuhu. T__________T sadsad~Okay. Xde masalah. Huaaaaaaa

    Hari ini. (Busy lagi?)

    Penad3.Kat sekolah tadi busy sangat an salin senarai nama (excited sampai xnak renggang dengan list tu selagi x siap) huhu. Cuma yang x bestnya karangan yang cikgu bagi masa BM tadi rupanya cikgu nak hari tu jugak. So,x siap , cikgu suruh hantar gak.Tapi oleh sebab aku ni berkaliber berkarisma (sorry liquid tarak) aku nak jugak siapkan time rehat tu jugak. Aku un buat la sampai habis kat luar bilik guru tu dengan harapan idea datang melimpah-ruah tanpa dipaksa(?) Aku taram je la an , then hantar. Ayat terbaik dari ladang lah,kalah dengan budak tingkatan empat darjah empat punya esei.By the way, thanks Fiqah n Aini yang sudi dan setia menunggu aku. huhu. Lepas je balik sekolah terus pergi hospital. Sampai sana terawal 30 minit. macam la awal sangat. Then, yang bestnya, hari ni dapat 3 pressure garment sekali gus.Terima kasih doktor .I lap U. haha.Pukul 4.15 sampai rumah sebab sebelum tu singgah MPKJ ambil IC adik aku. Hah. lawak kodd muka dia nampak macam wanita yang matang. wakakakakaka.sori sakinah.

    Selasa, 11 Januari 2011

    lupa tajuk

    fuhh~ Busy ! Busy ! Banyak kerja nak kena bereskan. Tu X campur lagi appointment tu appointment nih. (mcm org keja dah pulak). Huh~ tapi xpe. XDE MASALAH!(erm, trademark baru aku sebenarnya). haha. Okay. Aku tengah scan macam2 sekarang nih dan kalau aku terus mengeblog, tergendala la keja aku. Daaa (malas g***)



    p/s: Esok dapat pressure garment baru.
    Anis, hepi Bufday 11.01.11 . hehe. cantik tarikh. dah tua dah anis.

    Khamis, 6 Januari 2011

    Bla Bla Bla

    Assalamualaikum
    Dear diary (?)

    Aku baru lepas balik dari hospital. Tadi doktor lain, okay la jugak. Tua sikit dari akak sebelum nih. Tapi yang bestnye aku dapat 2 pressure garment. Dah la minggu depan ada appointment agih, dapat lagi glove tu. Alangkah bahagianya~. haha. Dapat buat koleksi sparepart. spare tyre. spare glove banyak2. Apa ni ayat BM lain macam jek.Hah! lagi 1 hari ni hari pertama masuk kelas. syok~ semua cikgu beshhh. ^____^ . kalau Aini dapat kelas ni jugak lagi besh kan. Kite dok sebelah2. kongsi pembaris (walaupun ada) kongsi kerusi ( erm. padahal belambak lagi kerusi yang ada), bestnye aini~~ huhu. Btw,kelas aku kat tingkat 4 (jangn jeles kalau sebulan nty aku lagi kurus dari korang).

    P/s : asal simple sentences je byk. mana pegi complex sentences ni. hah~ biala.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...