Isnin, 18 November 2013

Assalamualaikum

Susah betul aku nak tekan button PUBLISH ni?
Daripada aku merepek baik aku diam je kan?

Family nak pindah Johor. Hm.kbai

Ahad, 3 November 2013

hardcore life

Assalamualaikum
Tiredness overwhelmed my whole brain!
Exam , exam and examination all over the whole week, the whole months the whole semester and even the whole LIFE!!

This is the path I have chosen. Medic.
meoww
Aku nak cari website motivasi pasai medic ni. Sini lg hardcore dr hidup kat TGB. kbye

Selasa, 22 Oktober 2013

Karya cintun

Assalamualaikum.
currently I am reading a big,thick book which I feel shame to announce the title, haha.  perhaps I will drop it at the end of this post k.

so, I feel so blessed as I have been searching for this precious book for a long time ago, I have looked for the book at International Book fair but still, it's hard to find.

The book is about how we handle our fitrah, which is love and also contains a vast of knowledges which I'm also still not discover yet.


Haha speaking malay pulak lah. hm. Esok exam english huahua. tolong doakan ye. doa itu percuma. tlg tembak doa banyak banyak buat saya juga..hee

ok. tajuk paling best part pandangan mata,jangan dibiarkan liar etc. seronok sgt bab tu

tu jela. ok. tajuk buku tu panduan bercinta dan memendam rindu. serius ah beli bukan sebab tajuk tu tapi sebab suka part pandangan mata tu. Punca rosak hati.huhu. buku ni terjemahan karya Ibn Qayyim Al Jauziyah. selamat mencari lah.daaa









Sabtu, 12 Oktober 2013

self arrangement uols

Assalamualaikum
bismillahitawakkaltu'alallah


keadaan sekeliling membentuk kita?

yes
 cuba bayangkan, anda penat lelah bekerja atau belajar seharian suntuk dan apabila balik je, rumah gilo bersepah. Ada pinggan mangkuk tidak berbasuh, baju tak dilipat lagi, langsir tak diikat kemas, lantai berhabuk. Agaknya, semangat ke nak hidup dalam rumah tu?

eww
 tapi cuba andaikan, setelah seharian lenguh lenguh, penat otak diperah, balik rumah...

haruman yang tenang memenuhi ruang, lantai yang bersih berkilat, pinggan mangkuk tersusun rapi, baju kemas terlipat dan digantung, senang kata memang subhanallah bersih lah.

Umat Islam harus cemerlang. Umat Islam sentiasa boleh

Buat para pelajar terutama medical student yang dikatakan busy sangat, Silalah berlatih dan bertatih untuk menjaga kekemasan dan kebersihan diri dan sekeliling.

Nanti,  dah kerja lagi havoc,  memang x sempat memanjang.

 #######################

 btw, kenapa otak aku ni dok fikir pasal nama Uwais Al-Qarni ek.

hm.
 Nama tu sedap kot

yallahbai(kbye)


















Jumaat, 11 Oktober 2013

nothing

Assalamualaikum
bismillahitawakkaltu'alallah.

Aku menaip. dan aku padam. Nak cerita itu ini, terfikir berbelas kali. Apa semua ni.

Semua orang ada kisah unik tersendiri. Aku nak dengar dan sudi menadah telinga .





Isnin, 7 Oktober 2013

last week summary

Assalamualaikum
first Exam for this sem is just around the corner
Pening kepala sekarang sebab baru habis siapkan computer science.

###########################

So minggu lepas. Apa yang interesting ek. Ohh. haa.

Aku uruskan urusan gambar batch tapi yang nak dihighlighted kan kat sini ialah

" I will try to ease people's work coz I had felt the bitterness of handling kerja2 batch" ( grammar tungganglanggang) 

haha. harap depa tak baca nih

Bukan senang tapi syukur sangat sbb dapat batch yang bekerjasama. boleh lah. huhu

Kadang2 tanggungjawab yang kita pikul tu mematangkan kita. bukan kadang2 tapi always

(tetibe lagu 'hambamu' berkumandang)

###################################

topik 2

Aku dah bagi hint banyak kali kodd tapi satu pun tak jalan. hint apa? haha. ada lah. JANGAN FIKIR LAIN

Mungkin masa belum sesuai lagi kodd. haha

ok. merepek

####################################


Ok. Hari tu pergi ISK. -Ini Sejarah Kita-

Masha Allah.  Best + Ngantuk

Haha. Biasalah bila majlis ilmu ni syaitan tak duduk diam punya.

Hari tu, aku pakai new dress. First time. and aku try and trial je sebab majlis tu semua perempuan kodd. Typical dress biasa memang ada getah kat waist tapi aku buang dah.

So instead nak rasmikan hari Isnin yakni hari ini, aku rasmikan hari Sabtu tu.

Eh, perlu ke cerita benda nih. Tapi xpelah sebagai pengajaran kodd buat semua kaum hawa

Tapi aku rasa dress xsesuai kodd untuk kaum hawa YANG BERMARUAH. acece

sebab pada aku sama je macam PEPLUM bagai tu. Aku ada semua baju tu tapi tapi aku rasa better simpan jelah kan .

Simpan jelah untuk family korang. Suami korang. acehh

Dah tu jelah. ada sebab kan Allah bagi garis panduan kat kita semua walaupun hakikatnya memang cantik tapi tu lah, syurga bukan senang2 dapat, ye sheeda

hoho

k daa. doakan aku nak exam .


Sabtu, 21 September 2013

chitchatchot

assalamualaikum

Aku di rumah. Berehat seketika setelah berlamaan menghadap buku perubatan. *ececeh pdhl baru subjek bio bab 1.

so last week, banyak juga perkara yang berlaku.

1st. Pemilihan jawatankuasa untuk setiap blok asrama.
 
 2nd. Buat pertama kalinya aku mempercayai seseorang dengan sepenuhnya dengan memberi jurnal aku untuk dibaca dan dibedah seperti novel. Haha. sebenarnya tiada apa sangatlah dalam jurnal yang menggunakan bahasa english karat entahpape sebagai default language tuh. nama pun jurnal. Aku memang sedaya upaya menjadikan jurnal itu bersih dari segala gosips umpatan dan sebagainya. dalam jurnal tu ada cerita pasal PLKN,  harapan,  tanggungjawab dan macam macam lagi lah.


 3rd. Aku rasa aku dah boleh sesuaikan diri

4th. Berjaya dengan projek personal aku 1.0. Peta minda tapi belum lengkap lagi dengan aplikasi*ececeh* pakej soalan.

5th. weh aku perlu buat sesuatu yang mustahak. email madam. ok bye.









Ahad, 15 September 2013

help

zulkaedah. Juzu Amma. sesapa sahaja yang membaca ini tolong doakan aku. doakan aku supaya diberi kekuatan dan ingatan yang kuat untuk menghafal. biarlah sedikit demi sedikit. aku tiada apa apa, pengorbanan aku terlalu sedikit. Aku rasa aku teruk.hilang dalam dunia. hilang. mudah sangat hilang. hanyut. aku perlu sesuatu untuk berpaut. tolong.

cintaku

Aku tiada siapa siapa melainkan Allah.


Khamis, 5 September 2013

semester fever

Assalamualaikum
 ###########
 Sedar tak sedar tinggal 2 hari je cuti. HEHE?  Sem 2 bakal menjelma. Subjek yang akan diambil
 #english
 #apllied arabic
 #biology
#bio lab
 #chemistry
 #psychology
#intro computer

doakan saya dan rakan rakan moga dpermudh urusan semua. doa itu free, smoga Allah beri kbaikn kpd anda:-)


















Ahad, 1 September 2013

Doctor wannabe tips

Assalamualaikum

###############

"Allah pinjamkan ahli syurga selama 11 tahun setengah" 

"Tahniah dan takziah" ucap seseorang suatu ketika dahulu. 

Pemergian satu-satunya anak lelaki beliau menjadikannya tabah.

Ini kisah beliau. Prof Dr. Muhaya. Ikon wanita muslimah. Seorang doktor.

Tips kepada doktor sekalian

jangan pernah merasa lebih apabila berkata-kata. Apabila doktor menasihati pesakit, ujarkan saya hanya alat (perantaraan) , Allah yang bantu. 

why medic?

Assalamualaikum.

#############

9 tahun yang lepas.
Aku petik daun-daun hijau segar di pohon rumah corner-lot sambil menaiki basikal. Penuh.Penuh satu plastik. Balik je rumah, terus bawak seludup ke bilik di tingkat atas. yela, takut ayah marah. Ayah ni pembersih orangnya.

Selepas itu, mulalah aku membikin projek baru. Aku gabungkan beberapa helai daun, stapler selepas itu terhasillah sebuah buku daun yang tak perlukan dakwat untuk menulis. 
boleh guna pensil tekan, tapi tak perlu dakwat pun.hihi. harga 10 ¢? ADA PULAK PEMBORONGNYA IAITU SEPUPU AKU SENDIRI,KIHKIH

Selepas perniagaan pertama berjaya aku cuba design pejabat aku sendiri. bermulalah perluasan empayar syarikat KSDS (Kedai Sheeda dan Sakinah-adik). Lame gila nama.

Di sekolah agama, aku mula menjual gula gula coklat berharga 10 sen each . masihku ingat sehingga habis kelas, dalam pejalanan nak keluar kelas pun beberapa kawan menahan aku nak beli coklat tu.hehe

seterusnya, aku mula menubuhkan ahli kelab ala ala membership card Jusco bagai. bajet gempak je kan. Dapatlah kumpul seramai 13 orang ahli berdaftar dengan yuran sebanyak 30 sen, seterusnya akan mendapat diskaun apabila membeli belah dan menyertai cabutan bertuah.huahua

ketika itu aku sudah mula melukis komik untuk majalah yang aku reka sendiri,lepastu fotostat lawa lawa,dan menjualnya serta menempah beberapa batu seremban yang dijahit oleh kawan sendiri, seterusnya menaungkan produk produk tersebut di bawah syarikat ini.


bukan itu sahaja, aku juga borong beberapa barang perhiasan seperti gelang getah, sepit rambut,perhiasan kanak kanak lah, pensil mekanikal(ni jual asing) ,etc dan packing barang barang tersebut dalam sebuah goodie bag yang ada cop syarikat. buat sendiri semua tu. aku ingat lagi aku jual seringgit. habis pulak tu.haha

lepastu, macam macam lagi lah agenda merepek, dengan kehulu kehilir bawa file zip merah lagaknya seorang usahawan yang sibuk, dalam fail tu mengandungi segala maklumat syarikat , ahli jawatankuasa dan ahli berdaftar. ketika itu aku sudahpun darjah 5

jadi, perkaitannya dengan hidupbaku sekarang. Perkara tersebut tinggal sejarah.kesungguhan aku tatkala kanak kanak hanya berlalu pergi.cita cita aku untuk menjadi usahawan yang berjaya aku simpan baik baik sehinggalah tahun lepas selepas aku menghadiri interview sebuah yayasan yang agak terkenal dengan susahnya nak dapat biasiswanya . segalanya berubah. makcik yang interview aku tu kata dengan selambanya "awak lagi sesuai jadi doktor,sebab gaya awak bercakap seperti seorang doktor". masa tu aku apply course business tetapi aku macam tak buat preparation sangat untuk interview yang hanya menggunakan result trial spm yang x seberapa tu. Dia tengok keputusan aku dia kata lebih sesuai ke arah medik. Haha. itulah antara sebabnya kenapa aku amik medic,

The end

Healing

Assalamualaikum.
All praises to Allah as I'm writing this I'm healed.
Before this I had posted about "see the best" in people so I have tried it out and somehow it is really really did on me.
##########
so, that's it.

Selasa, 27 Ogos 2013

unikl mestech life

assalamualaikum
yeah. first time post melalui android.
bismillah. 
rasanya cuti dah 50% berlalu namun outputnya, err. 

so, nak kecek skit pasal kehidupan di unikl mestech yaw.

1. hostel cantik, terletak dalam 700 m away from kampus. haha. jalan kaki saja bisa. seronok, yang ada kereta tu lagi untunglah..
aku, dan dua lagi member memang selalu jalan kaki je menikmati panorama. huahua. tapi selalu juga terfikir *kitorg ni skema , keluar hostel awal kodd* sebab xnak kelam kabut time jalan. T-T 
bersyukur la wehh tapi kalau ikut hati kan best kalau ada kereta plus lesen. haho

2. rumah ada access card. ada guard kat bawah kat bilik sekuriti la. satu rumah ada 3 bilik, master, tgh n blik bsr skit dr yg tgh. actually blik ketiga ni nampak bsr sbb katil dy satu je berbanding yg blik tengah ada dua double decker. Aku? bilik tengah :) alhamdulillah syukurlah walaupun sempit sikit

3.(walaweh susah pulak nak taip pakai ni) erm. makan, ada kedai makan berdekatan. banyak je cuma aku jarang pi yg sebelah hostel. mahal bro. harga org bekerjaya padahal aku budak lagi elaun x masuk lg.

4. ha. lupa pulak. surau kat bawah sekali hujung , dekat dengan kedai makan. aircond.
ada lagi satu surau besar memang untuk penduduk kat situ tapi jauh sikit la. teraweh best la kat situ.

5. komuter dekat je, cuma nak jalan kaki tu penat, tapi kalau ukur dari kampus dekat je. aku selalu keluar dululah , jalan midvalley, masjid jamek. heaven weh. tapi swkarang busy memang harapan laa

6. pembelajaran cukup stylo, exam kitorg pakai komputer je, tapi ikut jenis program la. ada yang exam kat hall. em. kelas besar la juga, surau memang ada kat kampus, perempuan lah best ada yang khas kat tingkat 3. besar. best

7. cukup lah kodd. nak tahu lagi tanya. ask.

harap membantu :)
tlg abaikan typing error yg banyak. 
psst: sebelum masuk , ingatkan perempuan je tahun ni mara amik haha sebab tak pernah pulak jumpa kat laman sosial budak laki yang masuk untuk program tdpjust. bila dah masuk, adalah beberapa ketul. 15 daripada 60 org..

Selasa, 20 Ogos 2013

See the best!

Assalamualaikum dear creations of Allah.

Now Playing - Salamun Salam by Inteam_UNIC . Try listening it. Peaceful, subhanallah.


##########################################

After 2 months and a few weeks together with my beloved batch, I discovered many things.
Mostly about my BOY friends' attitude.


Somehow, I just cannot be too polite. Serious type, I HATE THEM.
 
dushh!

not because of themselves, but because some of their attitude.

Annoyed. Bleghh

But somehow, after several days I saw this.




Then I know I should get rid of this bad speculation of some mischievous boys and pray the best for them. I really hope that my batch will rise up and be The Khalifah that hold to Allah's rule.


One day..

we will. Inshaa Allah

Soal Wanita

Assalamualaikum

Currently watching Soal Wanita, TV AL-Hijrah 11:50 a.m

Tertarik dengan satu dialog ni..


Diana Artis :Saya masih teringat kata-kata Kak Wardina "Jangan Sombong kepada Allah"
Jangan malas nak solat.

Hee. Semoga mereka, aku dan kamu diberi hidayah oleh-NYA


Sembang drama XD

Assalamualaikum
Dengan nama Allah..

##################################################

Currently watching "BONDA" tv9. haha. First time.


Best jugak, part yang aku tengok ni..

1. Abang Wawa  cuba pelbagai cara nak tegur adik dia. Paling geli hati gue tengok time dia keluarkan baju tak cukup kain dari almari adik dia sambil bagi buku "wanita syurga wanita neraka"

Aku sebagai orang ketiga rasa macam OHSEM tapi kalau aku yang kat tempat adik dia tu confirm confirm benci menyampah and rasa terhina.

LOL

2. Ada dua lelaki yang mendampingi Wawa (cehh ayat. ) Sorang ni gatai. nak permainkan dia. Nampak je baik. Sorang lagi minat dia tapi x macam yang first. Dalam hati dia berharap gak Wawa faham isi hati. kuikui

ayat dia yang tak boleh blah. " Wawa carilah lelaki yang lebih WARAK dari Fizi (lelaki first yang gatai) . Lepastu boleh pulak dia bermonolog "macam aku"

choii

######################################

Okeh. Tutup kes. Tengah Iklan.

Tapi best lah jarang sekarang aku tengok cerita yang ada nilai murni. Kalau ada pun 0.05 je taraf kemurniaannya.hohi





Isnin, 19 Ogos 2013

UKKM MRSM

Assalamualaikum

Atas dasar keprihatinan(la sangatt) saya nak share sesuatu yang diharapkan bermanfaat buat ummah. hihi

UKKM MRSM TGB.


masa PMR 2010 nak masuk MRSM untuk tahun 2011,
bentuk exam UKKM macam ni,


# 100 soalan peribadi
# 40 soalan sains
# 40 soalan mathematics.
Actually soalan sains n math x ingat jumlah whether 40 or 50. huhu

yang penting,


#100 soalan peribadi

Ini jawab dalam masa setengah jam. pastikan otak berfungsi dengan baik sebab soalan tak susah mana pun tapi kalau terleka, terberangan seketika boleh kecundang. huahua

So pastikan energy cukup ari tu. Ha, lagi satu, ana jawab lebih ke arah keusahawanan memandangkan its MARA and apalagi MRSM TGB memang ke arah keusahawanan. so any jawapan yang berkaitan audit bagai ana hentam je.

soalan pun lebih kepada leadership. nasib baik ada pengalaman jadi pengawas sebelum tu. ala, kalau x pon , budak kecik pun reti kodd..

tapi dont be overconfident .haiyaarkk!


#Soalan sains

 Ana sebelum tu ada dengar ura-ura sikit soalannya dari member yang dah MRSM dari lower form. depa jawab soalan yang sama so,  bolehlah tanya depa kalau x malu.

Soalannya lebih kurang taraf PMR tapi persediaan ana sebelum tu memang lebih kepada sains. cari je mana-mana soalan dalam google, download, buat je soalan pasal science knowledge kah, general knowledge ke. .inshaaAllah membantu. JANGAN MALAS

#Soalan Mathematics

ohoiii Bila teringat balik macam grrr. 11 soalan terlepas kot. x terjawab. Allah jelah faham betapa terguris hiris remuk hati sebab masa x cukup.

Ceritanya camni, ana jawab terlalu fokus nak betul untuk setiap soalan and kiranya buat terus semak time tu juga setiap soalan tp memang x sempat. so dinasihatkan agar buat drilling question math banyak2 sebelum UKKM k. so dah jadi pro n sempat jawab semua. hikhik

Tapi ana rasa xdelah seteruk mana soalannya. Tapi high class gak la math. kena cekap la.

Apa-apa pun lepas dah buat semua tu, ana tawakal and  berharap kajaiban berlaku *twinkk. Tapi memikirkan 11 soalan dibiarkan kosong amat mengguris jiwa nurani. haha. So after that ana tunggu keputusan nak masuk SMK JALAN 4 je. Tapi xdapat. Dapat TGB. Alhamdulillah!

Macam tak percaya je time tu.

#throwback

Btw exam semua dalam komputer haha! nasib la


stay focus babeh. Assalamualaikum
Yakin dengan Allah







Yaaaaay. Sem 1 is overr

ASSALAMUALAIKUM
wee. Selesai sudah SEMESTER 1 TAHUN PERTAMA !!!
Alhamdulillah. Tahniah Sheeda :3, silalah bersyukur dengan apa sahaja yang diperoleh.
Tinggal satu subjek je tak dapat markah lagi. tawakal jelah.

Satu sem ni pun x lama, rasa PLKN lagi lama kot. hikhik. Sekarang sem break, 3 minggu .Selepas itu, bermulalah perjuangan sebenar , masuklah subjek subjek sains BIO, CHEM . haha. X sabarnya.


x sabarnya
weee

anatomy bagai
histology.

woo

Sama samalah berdoa semoga dipermudahkan urusan yaa

wailaliqa'

Selasa, 6 Ogos 2013

Mysterious shadows

"Men are mysterious"

"Why?" I was puzzled.

"They are just mysterious. Before you get married, better to know him. Also, 'appearance'(his appeared attitude) are just 20% of himself" the doctor, also my father's friend once told me that.

#########################
Thankyou pakcik. I will remember that

Sabtu, 3 Ogos 2013

Doxa UNIKL MESTECH

Assalamualaikum! hee. Hazihi Suratu Usrati kabeer(?)

so, NI la gambar batch TDP-JUST unikl mestech. Batch DOXA.

15 LELAKI , 45 PEREMPUAN.
Medic, Dentistry


Kat tengah tu, USTAZ KHAIRUL ANUAR. Ajar kami Bahasa Arab. But, itulah kali pertama dan terakhir kami bergambar. Lepas ni ustaz lain ganti ajar kami. sobsob

kbye


Jumaat, 2 Ogos 2013

Ramadhan

Assalamualaikum
I'm now listening to RAMADAN NASHEED MISHARY ALAFASY

lagu penutup JEJAK RASUL~

#####################################

Kini aku dah habis class SEM 1. alhamdulillah. Short sem kan..

Final lagi seminggu lebih. Tolong doakan ye.

Selama berada di UNIKL MESTECH , kira-kira 2 bulan taqriban(hampir2), banyak perkara yang aku pelajari. *senyum*

First, aku bersahabat dengan sahabat2 yang inshaa Allah cintakan Allah dan rasul. Subhanallah. Hiya(dia) hafal 17 Juzuk Al Quran.

Sahabat yang lagi sorang pula sangat suka membaca Al-quran. Pelajar biasa, pemakaian pun biasa2 sahaja, tapi baik orangnya..

-JELES-



#######################################


Kadangkala fitrahku menguji. walaweh. Tapi hati selalu mengingatkan, jangan berpakaian menarik sangat, kesian kaum Adam.


aku pernah terbaca,

"WANITA, WALAUPUN KAMU TIDAK BERHIAS, KAMU TETAP PERHIASAN."

sentap.

######################################

Ramadhan, tinggal 4 hari je kodd.


Aku hargai syawal. Tapi aku lebih cintakan Ramadhan.

Bukan apa, aku bersyukur sebab ramadhan kali ni xbusy jiddan jiddan. ALHAMDULILLAH



#####################################


tu jela.
Doakan aku please. TQ doa tu percuma



Ahad, 14 Julai 2013

Together-gether yaw

Assalamualaikum

Aku terfikir. Aku nak masuk syurga terus, YELA SEBAB pilihan ada dua ja.confirm semua taknak yang lagi satu

Aku cuba improve diri walaupun hakikatnya kekadang mcm haremm. --" Aku perlu peringatan yang sentiasa di sisi. Diri sendiri lah.
wahai Sharifah Rosheeda, set ayat2 reminder supaya ingat kat pencipta mung!

Masalahnya, kadang2 diri terasa teruk sebab membiarkan org terdekat means sahabat handai tersayang buat maksiat,
Come on.
Kalau kawan berKAPEL-an. pada usia begini, mereka memberi alasan, ada pasang niat nak kahwin xpe.

Masalahnya, Aku yang bingung extravaganza.

Ikhtilat. Hubungan antara lain jantina. Bukan senang taw, sebab kadang2 sesetengah orang akan sampai tahap dah rasa macam adik beradik sendiri sebab mungkin perangai kwn lain jantina tu TERLEBIH SPORTING kan. dah rasa macam "halal, xpe, dah xde batas, aku anggap dia adik kodd."

INILAH UJIAN .
Pandai2 lah cari kawan sahabat teman yang sangat menjaga ikhtilat supaya tak terbabas ke dalam gaung maksiattnesss. XPON, kita sendiri lah yang jadi 'sahabat' itu

BTW, HEY LELAKI n PEREMPUAN ajnabi( yang boleh kahwin) TAK BOLEH PEGANG SUKA SUKI TAW.,

mentang2 ada group discussion , bina2 straw together, jangan ingat sentuh2 tangan tu perkara biasa.

Entah. aku pun type je lebih. Dunia sekarang aihhh --"

Sabar weh.Aku cuba. Bukan cuba. AKU AKAN. tegakkan kembali syariat islam. Inshaa Allah. tapi bermula dengan diri sendiri dulu

walaweh macam biasa, doakan lah sangat2 aku ni dikuatkan azam iman semua supaya thabbit dalam jalan yang diredhai Allah. Ingat, doa kan free.

aiwahh


shusmak?

Assalamualaikum
Alhamdulillah sekarang berada di rumah, memandangkan kelas tiada hari ni.

yeah

so.lusa test arab. last sebelum final nanti. tolong doakan. doa itu percuma. shukran

Rabu, 10 Julai 2013

lupa nak letak tajuk

assalamualaikum
hey. petang ni ada english TEST. about adjective  HAHA.tolong doakan saya.doa itu free
dan..
tadi dapat tahu PLKN KEM TITIAN BINTANGOR nak buka puasa sesama dgn ex plknian situ lah..nak pergi tapi .. apakan daya. setiap minggu sekarang ialah test ..short sem kan.
pastu nak pergi mcm mana?
hurm.
hari ni inshaa Allah berbuka di KUIS ada aktiviti under PKPIM

TAK SABAR NYA~~

Jumaat, 5 Julai 2013

mati

Assalamualaikum

"YOU ARE NOTHING BUT A NUMBER OF DAYS,
AND WHENEVER A DAY PASSES AWAY,
A PART OF YOU PASSES AWAY"
-Hassan Al- Basri -



Jumaat, 28 Jun 2013

crackers of the night

Assalamualaikum
Ismi Sheeda
wulidtu fii Johor Bahru
askunu fii  Selangor

#####################

ahlan wasahlan. Ana fii baiti. Baiti Jannati. Ahaha salah sorrilah
asifni.

####################

Just now I came across videos and islamic posts on Facebook.
Like any other day, I keep wondering how I would finish my life and somehow, I feel lose hope on learning.

I know. I'm really know - it is bad

But how could I manage everything in a time. Lately, I cant sleep well as arabic, physics lecture keep flashing in my mind. I'm bored, I need something new. some energy to boost my motivation.



I know. Yes I know. (I'm talking to my good side of me who said just do qiamulail)

Ya Allah
apa jadi ni.
aha
merepek kerepek

Selasa, 25 Jun 2013

xtahu tajuk

Assalamualaikum
Tsk Tsk :'/
sejurus tamat kelas arab selama 3 jam tadi, ana terus pulang ke rumah. Rumah. Bukan rumah yang hostel tuh.
Time kelas memang serius xboleh nak tumpu perhatian. Pening kepala.

Semalam, pelajar2 baru ni dirombak semula bilik, dan pindah blok sebelah.
wahh. Seronoknya angkut2 barang malam2.
Jerebu. dan paling menarik sangat aku tingkat 3 atas (blok lama) and naik blok sebelah still tingkat 3 .
dan syukur,, dapat bilik tengah yang mungkin agak sempit dengan kipas yang satu dan locker ana kat ruang tamu.huhu Alhamdulillah.
rungutan yang disaluti 'kesyukuran' la sangat

paling best (aha semua paling menarik best kan) , ana pergi je belakang dapur tempat sidai tu, nampak lelaki kat blok sebelah. what. blok sebelah laki and takde langsir.

Dengan hati yang (xtw nk sbr cmne dah) dengan nikmat penatnya dekat 2 jam angkut brg2 tadi terutama buku anatomi Bio Chemistry entah berapa kilo tu ana pakailah selimut buatan umi untuk tutup grill tu.xd tgkp pon

selimut tu :'/

and, kali ni dah x boleh nak bukak2 tingkap kat ruang tamu sgt sbb err scary lah tgok blakang bangunan je, gelap je.kalau dulu subhanallah seronok gila usha2 org jalan2 memalam, tgok rumah flat kat dpn. mcm seronok lah belajar kan.Allahu. xtaw la, nak sedih ke apa ke. tapi ana tahu lah memang patutnya bersyukur . entahlah. betul jugak. tapi ana perlukan sedikit masa dengan penatnya x ckup tdur plus kelas yg tros 3 jam, esok 4 jam tros. tapi semoga Allah mudahkan lah urusan

Mungkin ini latihan untuk hidup susah supaya boleh adapt dgn suasana kat Jordan. Allah..

azam ana, nak buka buku baru. inshaa Allah. tulah manja sgt kodd selama ni.


btw, sukati aq je bagi tajuk ntahpapa.

Jumaat, 7 Jun 2013

A bundle of hope

Assalamualaikum
Sometimes, people are the sources where we can develop our motivation
Just like now. It's more to a question, but through my lens, it was a boost for me to study harder to achieve success.



and the most important part. Maybe Allah nak tengok sejauh mana aku bersyukur. Ya Allah. Aku rasa kerdil sangat



She is one of my groupmate during mock interview. I could still remember, she's so minat dalam dentistry. And I was like terpaku n kagum dengan keredhaan , bait katanya

Allah betul2 sedang menguji aku.sejauh mana aku bersyukur. Ya Allah. alangkah lalainya aku

Malu. Aku sangat malu.

Khamis, 6 Jun 2013

Blablabla

Assalamualaikum
yaw. Ahad ni (9JUN 2013) bermula lah perjuangan aku sebagai seorang mahasiswi. Tapi2. Aku kena siap sedia untuk minggu yang memenatkan barangkali~ Minggu Orientasi

So,kena bersedia dari segi mental, fizikal dan rohani!

Mental: Ok fine. Penat ni sementara, aku nak jadi umat Islam yang sihat :3 badan cergas minda cerdas (wahh  kalau krgn UPSR boleh dapat extra marks)

Fizikal : Jap lagi nak lari 2km lah. 'JAP LAGI' . Procrastination word.

Rohani: Bila masuk U, mungkin bebas sikit ek. wahh cabaran2. Ya Allah, lindungilah aku lindungilah hatiku~

Paling penting macam ada seorang senior, KAK MADIHAH yang baru sangat aku kenal iaitu semalam, hehe. katanya kalau amik course ni determination tu penting


wakaka. Aku baca pun dah macam cuak. yela. Nak jadi doktor, inshaa Allah. Tapi aku harap aku antara yang satu dalam seribu ke sebillion ke, Allah permudahkanlah urusanku untuk menuntut ilmu fardhu kifayah ni.

kdaa

Design kematian cantik2 #tetibe

Rabu, 29 Mei 2013

Facebook

Assalamualaikum
yaw. Okay. Facebook dah sampai tahap kebosanannya. Bukan FB tu yang bosan tapi sebab dah takde sebab aku nak on. Semua member ramai masuk U. :'( sob2.
Habislah aku pasni pon masuk U. waaaaa
ok
tetapkan niat.
Ya Allah aku betul-betul-betul nak belajar. Demi mencari keredhaan Mu. Cita-cita aku nak jadi pakar dalam banyak benda. Especially dalam perubatan, Lukisan, Al-Quran Inshaa Allah banyak lagi

doakan lah eh
Doa tu murahhhh

Ecehh

Assalamualaikum
aku buli adik2 aku
haha
layan jelah
 widad and hakim

shawl lala~



Assalamualaikum

shawl. Pashmina.
Dua-dua ni aku tak pro. Sebab, aku memang cerewet untuk pakai dua2 ni

1. Mesti labuh depan
2. Mesti labuh belakang and bentuk segitiga. kalau macam labuh tapi rectangle tu aku kurang suka. macam..entahlah
3.tepi kiri kanan of course kena tutup bahu. Masha Allah bagi aku kalau tak tutup bahu macam takde gunanya. memang lah trend, nampak kemas tapi sorry not my taste..
Sesetengah orang memang tak suka tudung melebihi bahu nampak macam gelebeh semacam or gemuk maybe?

Ha ha .asalkan baju korang longgar dan xnampak any shape tu alhamdulillah lah.

4.Ha. ni memang cerewet. aku suka effect bawal kat shape muka tu. walaupun pakai selendang ke pashmina ke. Sebab aku rasa la kan muka aku xsesuai kalau xbuat effect tu.

Ok. sekarang ni dah berpuluh-puluh tutorial, dah macam2 ikhtiar aku buat. Still  xjumpa yang ikut semua ciri-ciri yang aku nak. Maybe ada. tapi kena pulak beli dia punya jenis shawl.

Aku tak nak bazir2





Tapi serius banyak shawl, pashmina yang aku tak terpakai-pakai sebab kecerewetan ni. Lagipun banyak ni sebab hadiah daripada kawan-kawan..hee ^^

Rabu, 22 Mei 2013

Future

Assalamualaikum
Sebelum itu , tahniah kepada semua sahabatku,walau apa jua yang diperoleh.
Ini kisahku.
Alhamdulillah, pada 20 Mei 2013 jam 8:20 malam aku sempat menyemak status pinjaman MARA. Alhamdulillah Allah memberi peluang dan UJIAN juga buatku dengan membenarkan aku diterima sebagai pelajar pinjaman MARA untuk melaksanakan Ijazah Sarjana Muda di UniKL MESTECH-Jordan(JUST) inshaa Allah



 Kalau nak diikutkan, syarat minima untuk program ini(ke Jordan) mestilah sekurang-kurangnya semua A(a semua kategori kot) dalam subjek tertentu dan peroleh B+ dalam Bahasa Arab.Ada dua pilihan PERUBATAN untuk ke JORDAN.
Kod nya kalau tak silap LN0301, LN1201.
LN0301 ni untung kalau dapat sebab buat 4 bulan saja (persediaan Timur Tengah) tapi aku tukar pilihan LN1201 pada saat akhir sebab terbaca komen dari POST SPM 2013 (admin MARA kot) katanya, kod LN1201 masih akan dipertimbangkan walaupun tiada arab

Satu lagi yang unik dan aku bersyukur sangat , tahun ini tiada temuduga. Hanya ujian Psikometrik.

Aku turut terkilan kerana ramai sahabat yang memilih ke IRELAND namun tak berjaya buat masa ni (masih boleh buat rayuan)
setakat ni, sahabat yang kukenal yang dapat program tu berapa kerat je. sangat sengit.IRELAND ni pilihan kedua aku letak masa isi borang tu.

dengar cerita Malaysia lagi bagus MEDIC. ugh. Aku dapat juga UIA. tapi Asasi Farmasi lah.

Hati tetap kata nak yang MARA ni.. Cuma banyak betul benda negatif aku dengar pasal Jordan.
Papepon sekarang aku nak kaji sikit pasal kehidupan kat Unikl mestech ni

tak tahu langsung LIFE kat situ camne.
Daftar nak dekat dah

K daa
Maaf atas salah silap


Jumaat, 10 Mei 2013

Post SPM MARA 10 MEI?

Assalamualaikum
Online sekejap tadi. Usha page MARA "POST SPM 2013"
Dengar cerita result keluar hari ini, tetapi rupanya ditangguhkan ke 14 Mei. Itu tak pe lagi.Yang mencuakkan ialah


"Tiada sebarang temuduga akan dijalankan selepas keputusan penuh dikeluarkan."


Means? Ujian Psikometri itu lah yang digunakan. Aku tak kisah. Cuma sedikit risau. Tapi, tawakal je lah jalan terbaik

Tolong doakan saya. Doa itu murah. Tidak perlu bayaran. Anda dapat pahala :)

Selasa, 7 Mei 2013

Part III # Agama=sekolah agama?

Part III


Aku tidak mengerti

Adakah semua yang baik pasti lulusan sekolah agama?
Perlu kah title sekolah agama untuk membawa agama

Bukankah tanggungjawab sebagai khalifah itu terletak di atas bahu setelah melafazkan kalimah La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah (Tiada Tuhan melainkan Allah , Muhammad pesuruh Allah)

Kadangkala diri terasa didiskriminasi
Sememangnya berkaitan persepsi

Aku rasa tidak layak
untuk berada di lingkungan itu
namun aku menggagahkan diri
searus dengan mereka
walaupun ilmu cuma sezarah daripada cebisan ilmu mereka




Kisah 2 

 

 

"Selepas ini, saya ingin berjumpa dengan pelajar-pelajar dari sekolah agama.Sila tinggal di Surau selepas solat Isya'."



 ##################

5 orang wirawati Delta tidak ikut kami ke dewan makan. Katanya ada perjumpaan.

"Eh , kau tak stay sekali ke kat surau?" kata salah seorang rakanku

"Aaa? Aku terpinga..Oh ..aku bukan budak sekolah agama."

Aku terfikir. Mungkinkah kerana cara pemakaianku, mereka fikir aku sekolah agama.

Hm. Perlu ke begitu?

Aku malu. terkadang aku pasrah.
Aku kadangkala tak mampu
Aku bukan seperti yang dijangkakan
Aku cuma sang ulat bulu yang bercita-cita ingin menjadi rama-rama yang cantik dan terpelihara
Aku yakin tak mustahil semua itu
Tetapi, banyak cabaran. Banyak sangat cabaran
Remeh?Tidak sama sekali
Cabarannya, bisikan hati yang tidak telus
yang kadangkala menyatakan diri tidak layak..

Mahu sahaja aku terhenti..
Tetapi ini semua mimpi..
Mimpi ngeri..
Bukan juga realiti..
Aku di alam fantasi..
Mengharapkan diri selamat meniti..
menuju ke firdausi..





 Tamat KISAH di sini tetapi masih banyak terbuku.


 

Part 2 #

Part II


Ok sambung

Kat kem
Aku ada amanah
aku rasa sangat berat. Bayangkanlah ..Kem ini sangat mencabar

Aku berhadapan dengan pelbagai gelagat
tapi aku suka
aku selesa
takdelah teruk sangat

Cuma aku nak cerita lah beberapa kisah

Kisah 1 -Telah diskemakan..

"Baiklah wira wirawati boleh semak nama di kertas yang telah ditampal, hafal kelas masing-masing"

Aku kompeni delta. Meja hujung sekali di dalam dewan makan. Paling dekat dengan dinding. Nama sudah ditampal.
Satu sahaja soalan yang bermain di benak fikiranku,
adakah aku akan sama kelas dengan budak sekolah lama ku ?

Ya, tapi malangnya aku tak kenal pun dia. ArRijal.
Aku kelas CB2 *
CB= character building (Kelas paling aku gemari)

Hari pertama di CB 2


Cikgu sungguh baik
Sangat baik. Tak tipu. Cikgu Fajar dan Cikgu Azman

Malas nak cerita panjang

Apabila sesi kelas hendak tamat , akan diadakan sesi perkongsian terbuka
"Baiklah sesiapa yang ingin berkongsi, dipersilakan"

Krik krik..
krik..
krik..
krik..

Aku kehairanan
Sebab aku sudah terbiasa di TGB
tapi bukan aku yang dominan. Jika di kelas aku tiada kesempatan untuk berkata-kata.
Pasti ada sahaja yang sempat meluahkan pendapat. Pendapat yang sama.
Tetapi tidak pada hari pertama kelas di PLKN

setelah beberapa ketika, aku mengangkat tangan

Bukan untuk cari publisiti
nyah
Buat apa!
Tapi sebab aku sangat rindukan TGB
so this time
Lemme be the dominant

HAHA

Benar, lama-kelamaan , perasaan rindu terhadap TGB terubat

Namun langit tak selalu indah

Cabaran dan dugaan menimpa

walaupun bukan terus kepadaku

Tetapi pertikaian dalam kompeni
Usah kubangkitkan di sini

Cuma, aku sedikit kecewa
Aku tidak merasakan Ukhuwah seperti di sekolah lama

Tidak mampu untuk mengutuk apatah lagi mefitnah sesiapa pun

Baiklah, kita tutup kes. Semua dah selesai apabila jurulatih kompeni kerap menjernihkan yang keruh
Terima kasih JL Huda dan JL Aisyah .
JL=Jurulatih

Sambung Part #3







earthquake in my heart #1

Assalamualaikum

"Apabila menulis biarlah benda yang bermanfaat"

Seriously, I don't know what kind of bermanfaat that I can post

Theoritical, bermanfaat that keep swinging in my mind are posting about ISLAM, amar ma'ruf nahi mungkar , ilmu fardhu kifayah and so on

But this is the solid answer

This is like my diary but unsecure one. I can show to my great granddaughter. HAHA sukati hentam BI sorilah kanak2

Semakin aku tua, semakin berbeza perangai
Kadangkala aku terserempak dengan post di FB berkenaan sifat2 manusia
and aku tertarik dan tersentap dengan yang satu ini

"Seseorang yang pendiam tetapi banyak berkata-kata ketika berbicara merupakan seorang yang perahsia;menyimpan banyak rahsia"

Tak dapat disangkal, memang aku lah tu

Banyak

Banyak sekali benda yang terbuku di hati

Tapi tidak dapat diluahkan

Aku bukan seorang pendiam. Di Kem yang lepas, semasa sebelum cuti raya cina, aku sentiasa aktif. Sentiasa gembira. Muka happy je*berdasarkan penilaian rakan ok.

Tetapi aku sendiri sedar

aku mula pasif selepas raya cina.

Masuk Kem semula, buat cam biasa
lepas tu mula mencari alasan untuk tidak join aktiviti
dapat LIGHT duty lagi :D

memang aku nak pun
Nak sangat

meskipun terpaksa duduk di Dewan Makan tatkala rakan2 pegi kolam renang, menjalani aktiviti air, menjalani aktiviti fizikal di tali rendah.

Aku dan geng Light Duty makan-makan lepak di dewan. Tak bosan. Cuma.. Entahlah

Oklah sambung kat Part II






There is no purpose

Assalamualaikum




Motif?

I just deactivated my prime FB coz I felt like drowning, stucked in the middle of people that kept promoting about their stands. POLITICS

So, now there are lot of things that I can do

Seriously
Ramadan is coming

so, some of my wishlist are:

1. Learn more about 10 sahabah who were promised by Allah , The Paradise
2. Memorise Surah Al-Kahf

and many more

I really want to memorise all Juzu' of the Quran al Kareem

and also I want to finish reading the kitab on the shelf .

I want. I have to.

But truly, intention is the hardest thing. The heaviest thing to put on shoulder. IKHLAS. vs Riya'

It's hard .
 

Rabu, 20 Mac 2013

result SPM ?

Assalamualaikum
Esok ambil result
baru 4 hari dekat rumah. Adoi x expect papelah untuk esok. TAWAKAL jela.

PLKN Titian Bintangor

Assalamualaikum

PLKN? one word. AWESOME!!
Sebelum masuk PLKN excited , bila dah join . wahh BEST sangat3! Tak tipu weh..

That's all. TQ. haha




Ahad, 10 Februari 2013

memoriku

Assalamualaikum

Maaf, aku bukan sang wirawati yang mengharapkan kebebasan

Aku cuma terfikir

setiap perlakuan, gerak-geriku, pasti akan dipersoalkan kelak

Ini KISAH HATI

Aku cuma keliru
 keliru dalam mentafsirkan erti kalbu remaja...

Aku masih keliru
apakah erti sebenarnya kehidupan beragama?

Apakah sebenarnya yang ditagih oleh seorang remaja?

Wira perkasa dan Wirawati jelitawan,

Saat aku melangkah pergi,
aku tertanya-tanya
apakah sumbangan aku terhadap kalian..
Sudah cukupkah apa yang kukongsi selama ini...
Kisah suka dan duka..

Aku bukan insan kamil..
Aku hanyalah penuntut mutiara..
yang menunggu masa untuk lemas di lautan kehinaan..
Tidak dapat kuungkap dengan kata-kata..
andai Tuhan menyingkap aibku..

Ah sudahlah!
masa kian suntuk
pertarungan jiwa remaja baru sahaja bermula
aku perlu akur
harusku serah janji-janji
dan cinta hanya kepada Allah dan Rasul
tak kan mampu kukongsi
kerana itulah cinta hakiki


Ini bukan sajak
ini hanya nukilan tanpa dakwat
memoir seorang wirawati
yang dahagakan ilmu

wassalam

Ke"jiwang"ness an

Assalamualaikum

Jika malas menulis jangan jadi seorang penulis

Ah biarlah pena tidak berdakwat ini meleraikan seribu satu simpulan hati

Aku termanggu-manggu..
menunggu hiba..
saatnya aku bisa bebas..
menentukan haluan hidup..

Kembali belajar

Ah inilah
manusia tidak tahu bersyukur
sangat tipis rasa syukur ke hadrat Illahi

Tanpa syukur, hilanglah rasa nikmat

Aku kini sedang bercuti, sehingga hari Khamis
setelah itu, aku akan kembali melapor di KEM

sayang
sungguh ku amat sayangkan kenangan di kem PLKN

nanti jika tiba saatnya, akan ku ceritakan

Kini terlalu banyak tugasan yang harus kuselesaikan

hingga kita bersua lagi, wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...