Rabu, 29 Mei 2013

Facebook

Assalamualaikum
yaw. Okay. Facebook dah sampai tahap kebosanannya. Bukan FB tu yang bosan tapi sebab dah takde sebab aku nak on. Semua member ramai masuk U. :'( sob2.
Habislah aku pasni pon masuk U. waaaaa
ok
tetapkan niat.
Ya Allah aku betul-betul-betul nak belajar. Demi mencari keredhaan Mu. Cita-cita aku nak jadi pakar dalam banyak benda. Especially dalam perubatan, Lukisan, Al-Quran Inshaa Allah banyak lagi

doakan lah eh
Doa tu murahhhh

Ecehh

Assalamualaikum
aku buli adik2 aku
haha
layan jelah
 widad and hakim

shawl lala~



Assalamualaikum

shawl. Pashmina.
Dua-dua ni aku tak pro. Sebab, aku memang cerewet untuk pakai dua2 ni

1. Mesti labuh depan
2. Mesti labuh belakang and bentuk segitiga. kalau macam labuh tapi rectangle tu aku kurang suka. macam..entahlah
3.tepi kiri kanan of course kena tutup bahu. Masha Allah bagi aku kalau tak tutup bahu macam takde gunanya. memang lah trend, nampak kemas tapi sorry not my taste..
Sesetengah orang memang tak suka tudung melebihi bahu nampak macam gelebeh semacam or gemuk maybe?

Ha ha .asalkan baju korang longgar dan xnampak any shape tu alhamdulillah lah.

4.Ha. ni memang cerewet. aku suka effect bawal kat shape muka tu. walaupun pakai selendang ke pashmina ke. Sebab aku rasa la kan muka aku xsesuai kalau xbuat effect tu.

Ok. sekarang ni dah berpuluh-puluh tutorial, dah macam2 ikhtiar aku buat. Still  xjumpa yang ikut semua ciri-ciri yang aku nak. Maybe ada. tapi kena pulak beli dia punya jenis shawl.

Aku tak nak bazir2





Tapi serius banyak shawl, pashmina yang aku tak terpakai-pakai sebab kecerewetan ni. Lagipun banyak ni sebab hadiah daripada kawan-kawan..hee ^^

Rabu, 22 Mei 2013

Future

Assalamualaikum
Sebelum itu , tahniah kepada semua sahabatku,walau apa jua yang diperoleh.
Ini kisahku.
Alhamdulillah, pada 20 Mei 2013 jam 8:20 malam aku sempat menyemak status pinjaman MARA. Alhamdulillah Allah memberi peluang dan UJIAN juga buatku dengan membenarkan aku diterima sebagai pelajar pinjaman MARA untuk melaksanakan Ijazah Sarjana Muda di UniKL MESTECH-Jordan(JUST) inshaa Allah



 Kalau nak diikutkan, syarat minima untuk program ini(ke Jordan) mestilah sekurang-kurangnya semua A(a semua kategori kot) dalam subjek tertentu dan peroleh B+ dalam Bahasa Arab.Ada dua pilihan PERUBATAN untuk ke JORDAN.
Kod nya kalau tak silap LN0301, LN1201.
LN0301 ni untung kalau dapat sebab buat 4 bulan saja (persediaan Timur Tengah) tapi aku tukar pilihan LN1201 pada saat akhir sebab terbaca komen dari POST SPM 2013 (admin MARA kot) katanya, kod LN1201 masih akan dipertimbangkan walaupun tiada arab

Satu lagi yang unik dan aku bersyukur sangat , tahun ini tiada temuduga. Hanya ujian Psikometrik.

Aku turut terkilan kerana ramai sahabat yang memilih ke IRELAND namun tak berjaya buat masa ni (masih boleh buat rayuan)
setakat ni, sahabat yang kukenal yang dapat program tu berapa kerat je. sangat sengit.IRELAND ni pilihan kedua aku letak masa isi borang tu.

dengar cerita Malaysia lagi bagus MEDIC. ugh. Aku dapat juga UIA. tapi Asasi Farmasi lah.

Hati tetap kata nak yang MARA ni.. Cuma banyak betul benda negatif aku dengar pasal Jordan.
Papepon sekarang aku nak kaji sikit pasal kehidupan kat Unikl mestech ni

tak tahu langsung LIFE kat situ camne.
Daftar nak dekat dah

K daa
Maaf atas salah silap


Jumaat, 10 Mei 2013

Post SPM MARA 10 MEI?

Assalamualaikum
Online sekejap tadi. Usha page MARA "POST SPM 2013"
Dengar cerita result keluar hari ini, tetapi rupanya ditangguhkan ke 14 Mei. Itu tak pe lagi.Yang mencuakkan ialah


"Tiada sebarang temuduga akan dijalankan selepas keputusan penuh dikeluarkan."


Means? Ujian Psikometri itu lah yang digunakan. Aku tak kisah. Cuma sedikit risau. Tapi, tawakal je lah jalan terbaik

Tolong doakan saya. Doa itu murah. Tidak perlu bayaran. Anda dapat pahala :)

Selasa, 7 Mei 2013

Part III # Agama=sekolah agama?

Part III


Aku tidak mengerti

Adakah semua yang baik pasti lulusan sekolah agama?
Perlu kah title sekolah agama untuk membawa agama

Bukankah tanggungjawab sebagai khalifah itu terletak di atas bahu setelah melafazkan kalimah La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah (Tiada Tuhan melainkan Allah , Muhammad pesuruh Allah)

Kadangkala diri terasa didiskriminasi
Sememangnya berkaitan persepsi

Aku rasa tidak layak
untuk berada di lingkungan itu
namun aku menggagahkan diri
searus dengan mereka
walaupun ilmu cuma sezarah daripada cebisan ilmu mereka




Kisah 2 

 

 

"Selepas ini, saya ingin berjumpa dengan pelajar-pelajar dari sekolah agama.Sila tinggal di Surau selepas solat Isya'."



 ##################

5 orang wirawati Delta tidak ikut kami ke dewan makan. Katanya ada perjumpaan.

"Eh , kau tak stay sekali ke kat surau?" kata salah seorang rakanku

"Aaa? Aku terpinga..Oh ..aku bukan budak sekolah agama."

Aku terfikir. Mungkinkah kerana cara pemakaianku, mereka fikir aku sekolah agama.

Hm. Perlu ke begitu?

Aku malu. terkadang aku pasrah.
Aku kadangkala tak mampu
Aku bukan seperti yang dijangkakan
Aku cuma sang ulat bulu yang bercita-cita ingin menjadi rama-rama yang cantik dan terpelihara
Aku yakin tak mustahil semua itu
Tetapi, banyak cabaran. Banyak sangat cabaran
Remeh?Tidak sama sekali
Cabarannya, bisikan hati yang tidak telus
yang kadangkala menyatakan diri tidak layak..

Mahu sahaja aku terhenti..
Tetapi ini semua mimpi..
Mimpi ngeri..
Bukan juga realiti..
Aku di alam fantasi..
Mengharapkan diri selamat meniti..
menuju ke firdausi..





 Tamat KISAH di sini tetapi masih banyak terbuku.


 

Part 2 #

Part II


Ok sambung

Kat kem
Aku ada amanah
aku rasa sangat berat. Bayangkanlah ..Kem ini sangat mencabar

Aku berhadapan dengan pelbagai gelagat
tapi aku suka
aku selesa
takdelah teruk sangat

Cuma aku nak cerita lah beberapa kisah

Kisah 1 -Telah diskemakan..

"Baiklah wira wirawati boleh semak nama di kertas yang telah ditampal, hafal kelas masing-masing"

Aku kompeni delta. Meja hujung sekali di dalam dewan makan. Paling dekat dengan dinding. Nama sudah ditampal.
Satu sahaja soalan yang bermain di benak fikiranku,
adakah aku akan sama kelas dengan budak sekolah lama ku ?

Ya, tapi malangnya aku tak kenal pun dia. ArRijal.
Aku kelas CB2 *
CB= character building (Kelas paling aku gemari)

Hari pertama di CB 2


Cikgu sungguh baik
Sangat baik. Tak tipu. Cikgu Fajar dan Cikgu Azman

Malas nak cerita panjang

Apabila sesi kelas hendak tamat , akan diadakan sesi perkongsian terbuka
"Baiklah sesiapa yang ingin berkongsi, dipersilakan"

Krik krik..
krik..
krik..
krik..

Aku kehairanan
Sebab aku sudah terbiasa di TGB
tapi bukan aku yang dominan. Jika di kelas aku tiada kesempatan untuk berkata-kata.
Pasti ada sahaja yang sempat meluahkan pendapat. Pendapat yang sama.
Tetapi tidak pada hari pertama kelas di PLKN

setelah beberapa ketika, aku mengangkat tangan

Bukan untuk cari publisiti
nyah
Buat apa!
Tapi sebab aku sangat rindukan TGB
so this time
Lemme be the dominant

HAHA

Benar, lama-kelamaan , perasaan rindu terhadap TGB terubat

Namun langit tak selalu indah

Cabaran dan dugaan menimpa

walaupun bukan terus kepadaku

Tetapi pertikaian dalam kompeni
Usah kubangkitkan di sini

Cuma, aku sedikit kecewa
Aku tidak merasakan Ukhuwah seperti di sekolah lama

Tidak mampu untuk mengutuk apatah lagi mefitnah sesiapa pun

Baiklah, kita tutup kes. Semua dah selesai apabila jurulatih kompeni kerap menjernihkan yang keruh
Terima kasih JL Huda dan JL Aisyah .
JL=Jurulatih

Sambung Part #3







earthquake in my heart #1

Assalamualaikum

"Apabila menulis biarlah benda yang bermanfaat"

Seriously, I don't know what kind of bermanfaat that I can post

Theoritical, bermanfaat that keep swinging in my mind are posting about ISLAM, amar ma'ruf nahi mungkar , ilmu fardhu kifayah and so on

But this is the solid answer

This is like my diary but unsecure one. I can show to my great granddaughter. HAHA sukati hentam BI sorilah kanak2

Semakin aku tua, semakin berbeza perangai
Kadangkala aku terserempak dengan post di FB berkenaan sifat2 manusia
and aku tertarik dan tersentap dengan yang satu ini

"Seseorang yang pendiam tetapi banyak berkata-kata ketika berbicara merupakan seorang yang perahsia;menyimpan banyak rahsia"

Tak dapat disangkal, memang aku lah tu

Banyak

Banyak sekali benda yang terbuku di hati

Tapi tidak dapat diluahkan

Aku bukan seorang pendiam. Di Kem yang lepas, semasa sebelum cuti raya cina, aku sentiasa aktif. Sentiasa gembira. Muka happy je*berdasarkan penilaian rakan ok.

Tetapi aku sendiri sedar

aku mula pasif selepas raya cina.

Masuk Kem semula, buat cam biasa
lepas tu mula mencari alasan untuk tidak join aktiviti
dapat LIGHT duty lagi :D

memang aku nak pun
Nak sangat

meskipun terpaksa duduk di Dewan Makan tatkala rakan2 pegi kolam renang, menjalani aktiviti air, menjalani aktiviti fizikal di tali rendah.

Aku dan geng Light Duty makan-makan lepak di dewan. Tak bosan. Cuma.. Entahlah

Oklah sambung kat Part II






There is no purpose

Assalamualaikum




Motif?

I just deactivated my prime FB coz I felt like drowning, stucked in the middle of people that kept promoting about their stands. POLITICS

So, now there are lot of things that I can do

Seriously
Ramadan is coming

so, some of my wishlist are:

1. Learn more about 10 sahabah who were promised by Allah , The Paradise
2. Memorise Surah Al-Kahf

and many more

I really want to memorise all Juzu' of the Quran al Kareem

and also I want to finish reading the kitab on the shelf .

I want. I have to.

But truly, intention is the hardest thing. The heaviest thing to put on shoulder. IKHLAS. vs Riya'

It's hard .
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...