Sabtu, 21 September 2013

chitchatchot

assalamualaikum

Aku di rumah. Berehat seketika setelah berlamaan menghadap buku perubatan. *ececeh pdhl baru subjek bio bab 1.

so last week, banyak juga perkara yang berlaku.

1st. Pemilihan jawatankuasa untuk setiap blok asrama.
 
 2nd. Buat pertama kalinya aku mempercayai seseorang dengan sepenuhnya dengan memberi jurnal aku untuk dibaca dan dibedah seperti novel. Haha. sebenarnya tiada apa sangatlah dalam jurnal yang menggunakan bahasa english karat entahpape sebagai default language tuh. nama pun jurnal. Aku memang sedaya upaya menjadikan jurnal itu bersih dari segala gosips umpatan dan sebagainya. dalam jurnal tu ada cerita pasal PLKN,  harapan,  tanggungjawab dan macam macam lagi lah.


 3rd. Aku rasa aku dah boleh sesuaikan diri

4th. Berjaya dengan projek personal aku 1.0. Peta minda tapi belum lengkap lagi dengan aplikasi*ececeh* pakej soalan.

5th. weh aku perlu buat sesuatu yang mustahak. email madam. ok bye.









Ahad, 15 September 2013

help

zulkaedah. Juzu Amma. sesapa sahaja yang membaca ini tolong doakan aku. doakan aku supaya diberi kekuatan dan ingatan yang kuat untuk menghafal. biarlah sedikit demi sedikit. aku tiada apa apa, pengorbanan aku terlalu sedikit. Aku rasa aku teruk.hilang dalam dunia. hilang. mudah sangat hilang. hanyut. aku perlu sesuatu untuk berpaut. tolong.

cintaku

Aku tiada siapa siapa melainkan Allah.


Khamis, 5 September 2013

semester fever

Assalamualaikum
 ###########
 Sedar tak sedar tinggal 2 hari je cuti. HEHE?  Sem 2 bakal menjelma. Subjek yang akan diambil
 #english
 #apllied arabic
 #biology
#bio lab
 #chemistry
 #psychology
#intro computer

doakan saya dan rakan rakan moga dpermudh urusan semua. doa itu free, smoga Allah beri kbaikn kpd anda:-)


















Ahad, 1 September 2013

Doctor wannabe tips

Assalamualaikum

###############

"Allah pinjamkan ahli syurga selama 11 tahun setengah" 

"Tahniah dan takziah" ucap seseorang suatu ketika dahulu. 

Pemergian satu-satunya anak lelaki beliau menjadikannya tabah.

Ini kisah beliau. Prof Dr. Muhaya. Ikon wanita muslimah. Seorang doktor.

Tips kepada doktor sekalian

jangan pernah merasa lebih apabila berkata-kata. Apabila doktor menasihati pesakit, ujarkan saya hanya alat (perantaraan) , Allah yang bantu. 

why medic?

Assalamualaikum.

#############

9 tahun yang lepas.
Aku petik daun-daun hijau segar di pohon rumah corner-lot sambil menaiki basikal. Penuh.Penuh satu plastik. Balik je rumah, terus bawak seludup ke bilik di tingkat atas. yela, takut ayah marah. Ayah ni pembersih orangnya.

Selepas itu, mulalah aku membikin projek baru. Aku gabungkan beberapa helai daun, stapler selepas itu terhasillah sebuah buku daun yang tak perlukan dakwat untuk menulis. 
boleh guna pensil tekan, tapi tak perlu dakwat pun.hihi. harga 10 ¢? ADA PULAK PEMBORONGNYA IAITU SEPUPU AKU SENDIRI,KIHKIH

Selepas perniagaan pertama berjaya aku cuba design pejabat aku sendiri. bermulalah perluasan empayar syarikat KSDS (Kedai Sheeda dan Sakinah-adik). Lame gila nama.

Di sekolah agama, aku mula menjual gula gula coklat berharga 10 sen each . masihku ingat sehingga habis kelas, dalam pejalanan nak keluar kelas pun beberapa kawan menahan aku nak beli coklat tu.hehe

seterusnya, aku mula menubuhkan ahli kelab ala ala membership card Jusco bagai. bajet gempak je kan. Dapatlah kumpul seramai 13 orang ahli berdaftar dengan yuran sebanyak 30 sen, seterusnya akan mendapat diskaun apabila membeli belah dan menyertai cabutan bertuah.huahua

ketika itu aku sudah mula melukis komik untuk majalah yang aku reka sendiri,lepastu fotostat lawa lawa,dan menjualnya serta menempah beberapa batu seremban yang dijahit oleh kawan sendiri, seterusnya menaungkan produk produk tersebut di bawah syarikat ini.


bukan itu sahaja, aku juga borong beberapa barang perhiasan seperti gelang getah, sepit rambut,perhiasan kanak kanak lah, pensil mekanikal(ni jual asing) ,etc dan packing barang barang tersebut dalam sebuah goodie bag yang ada cop syarikat. buat sendiri semua tu. aku ingat lagi aku jual seringgit. habis pulak tu.haha

lepastu, macam macam lagi lah agenda merepek, dengan kehulu kehilir bawa file zip merah lagaknya seorang usahawan yang sibuk, dalam fail tu mengandungi segala maklumat syarikat , ahli jawatankuasa dan ahli berdaftar. ketika itu aku sudahpun darjah 5

jadi, perkaitannya dengan hidupbaku sekarang. Perkara tersebut tinggal sejarah.kesungguhan aku tatkala kanak kanak hanya berlalu pergi.cita cita aku untuk menjadi usahawan yang berjaya aku simpan baik baik sehinggalah tahun lepas selepas aku menghadiri interview sebuah yayasan yang agak terkenal dengan susahnya nak dapat biasiswanya . segalanya berubah. makcik yang interview aku tu kata dengan selambanya "awak lagi sesuai jadi doktor,sebab gaya awak bercakap seperti seorang doktor". masa tu aku apply course business tetapi aku macam tak buat preparation sangat untuk interview yang hanya menggunakan result trial spm yang x seberapa tu. Dia tengok keputusan aku dia kata lebih sesuai ke arah medik. Haha. itulah antara sebabnya kenapa aku amik medic,

The end

Healing

Assalamualaikum.
All praises to Allah as I'm writing this I'm healed.
Before this I had posted about "see the best" in people so I have tried it out and somehow it is really really did on me.
##########
so, that's it.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...