Ahad, 29 Jun 2014

Kursus Transformasi Mahasiswa ke luar Negara - BIRO TATANEGARA

Assalamualaikum

Dah berhabuk kot blog ni. Hari tu 5 hari pergi Kursus Tranformasi Mahasiswa Luar Negara. Aku panggil BTN je senang. Biro Tatanegara. Tarikh 23-27 Jun 2014

Masih fresh di ingatan , aku datang bersama rakan UniKL MESTECH , naik satu bas. Ohye, kem yang iols dapat ni KEM MERU klang.

sampai je, daftar gitu semua amik cadar (3 in 1 katanya) yang disediakan. ni bukan cadar baru, tapi dah didobi lah. bersih.

Dorm dia seyes iols jeles dengan kawan yang pergi kem kat nilai, diorang punya bilik kot.Kami 20 orang satu dorm. sempit jugaklah tapi almari ada semua ok lah. katil double decker.

Iron takde, nasib baik ramai bawak, iols bawak starch tudung jek.kikiki


After that, nak dipendekkan ceghita la kan , kitorg ptg ada briefing, iols pakai baju kurung, nak pakai jubah macam entahlah. tapi esok malamnya aku pakai gak jubah walaupun ada orang kata tak boleh ke... tapi dah tanya jurulatih depa bagi je kot..

ha lagi satu batch kem kali ni seramai 178 dah exceed limit kot. Ada berlaku salah faham sikit pelajar dari MCKK kot 20 orang takde nama dalam senarai.. so nasib baik jurulatih cekap hehe dapat jugaklah diorang penginapan.

 (Aku suka sorang budak ni..hiks kbai)


nak tengok gambar, tengok kat insta lah. malas nak transfer sana sini

insta: sharifahrosheeda


ok sambung,

aktiviti 2 hari tu banyak ceramah je iols enjoy tau. sebab degar tadah telinga je. haha

tapi Latihan dalam Kumpulan aka dipanggil latihan dinamik Kumpulan(?) best jugak

entahlah maybe sebab iols dapat faci yang bagus, TOK GEE org panggil.

takdelah brainwash sangat tapi atleast dalam hati ni diterapkan lah rasa cinta akan negara. bukan menyebelahi mana mana pihak. senang kata x bias so.. iols suka lah


tapi yang buat iols rasa kagum sangat, tengok ahli kumpulan ... ada 12, dan kebanyakan yang lelaki tu sangat boleh diharap cool gilaks, bila pecah grup grup kecil, depa mengamalkan "action speaks louder than words"

yela, dorang ni nak fly us, uk, australia.

haha

cuma weols je timur tengah-JORDAN


selalu soalan tanya gini( Joden bukan tgh berperang kerr)

hahaha.negara sekeliling tu ya lah bergolak..emm.. entahlah doakan kesejahteraan jelah mampu, apa apahal kita x boleh lawan takdir Allah.


ok then, makan 2 hari pertama sebelum masuk grup tu, makan bebas dgn kawan bila dah ada grup makan dgn grup lah kan. makanan tiptop cuma iols je x selera. huhu

Exam pulak haha iols selak sikit je sebab dia bagi bawa masuk buku 1 Malaysia yang di provide. tapi soalan ada 40, dalam 8 soalan je kot yang ada dalam buku. selain tu iols hentam x hentam but  boleh guna logic akal kot cuma ada lah sikit sikit kantoi tuhhh nampak sangat x tahu..

then selepas stgh jam iols terus cabut kluar hiks.


tu jelah. malas nak cerita panjang sangat. sorry berserabut. Iols muntahkan je apa yang iols ingat. tapi serius OSem la.


ohye, kawad semua ada je. best. enjoy jelah. sebab aku dah biasa kat PLKN lagi tegas kot. so kat btn ni, dia treat kita cara org educated la, so x yah risau. kita semua aset negara kan. tapi jangan manja sangat plis.

k daa
Assalamualaikum




BTN

BEST JE. hr ni satu Ramadhan. best sbb pengalaman bersama kengkawan kenalan baru.hehe. nanti ada masa I share k
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...